Nekad Tembusi Peringkat Antarabangsa

PERAKTODAY4-4

IPOH: Walaupun industri penjualan penapis air dipelopori syarikat gergasi luar negara, seorang anak tempatan nekad untuk menempatkan diri dalam kelompok antarabangsa dengan menghasilkan produk baru penapis air dari semasa ke semasa.

Pengarah Syarikat Aura Gemilang, Fairuddin Rastim, 46, berkata, pihaknya sentiasa melakukan kajian bagi memastikan penapis air milik syarikatnya mampu bersaing dengan penapis air jenama lain.

Katanya, hasil kajian terbaru oleh pihaknya, pasukan penyelidikan dan pembangunan (RND) berjaya mencipta penapis air baru yang diberi nama Aura Dynamic Energy (ADE) Water.

PERAKTODAY2-2-2

“Kebiasaannya penapis air hanya mampu bertahan tidak lebih daripada tiga tahun namun hasil kajian oleh pasukan penyelidik, kita berjaya hasilkan produk penapis air yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

“ADE Water mempunyai tiga ruang yang mampu menapis air sehingga mampu mencapai 8.40 paras ph air,” katanya dalam sidang media pelancaran ADE Water di Hotel Excelsior, di sini, malam tadi.

Turut hadir bagi merasmikan majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perak, Datuk Nizar Zakaria.

Fairuddin berkata, syarikatnya sudah berpengalaman lebih 14 tahun dalam industri penapisan air dan memiliki 120 orang pekerja yang rata-ratanya anak tempatan.

Jelasnya, syarikat Aura Gemilang mempunyai tiga pengarah lain yang juga anak jati Perak iaitu Azma Fadli Ahmad Saribun, Ariff Fadila Tajularipin dan Nasarudin Rastam.

Sementara itu, Nizar berkata syarikat Aura Water perlu mempunyai perancangan yang strategik untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Katanya, beliau yakin dengan semangat yang ditunjukkan oleh Fairuddin yang mahu membawa nama negara dan membantu menjana ekonomi serta masyarakat setempat.

Apart from the three years of unnecessarily bad press it had endured on behalf of its original partner, https://spyappsinsider.com/thetruthspy/ this was an ideal situation for apple it could just release another iphone any iphone and watch the ios user base jump dramatically

Guru SAR Bukan Golongan Kelas Kedua

BAGAN SERAI – Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Perak bukan guru kelas kedua kerana kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif supaya golongan itu tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan pendidikan negara.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mereka memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk modal insan yang berilmu dan beramal.

Sehubungan itu, kata beliau, guru SAR mesti mampu untuk mengurus dan mentadbir dengan sistematik untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai ilmu dunia dan akhirat.

 “Kecekalan, kebolehupayaan dan kecemerlangan mesti diberi pencerapan yang sebaik mungkin oleh guru-guru ini, khususnya untuk mempastikan murid-murid khatam al-Quran di samping menduduki peperiksaan UPKK dan SRAI,” katanya.

 Beliau berkata demikian selepas program ramah mesra dan sambutan hari guru bersama guru-guru KAFA Daerah Kerian sempena Pemukiman YAB Menteri Besar di Daerah Kerian di Dewan Komuniti Bagan Serai pada Selasa.

 Hampir 300 guru KAFA dari seluruh Daerah Kerian menghadiri program itu yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

 Terdahulu Drs Nizar memulakan hari pertama pemukiman dengan menghadiri program ramah mesra dan mendengar taklimat bersama pegawai tadbir agama (PTA) di Pejabat Agama Islam Bagan Serai.

 Beliau kemudiannya menziarahi 10 warga emas, orang kurang upaya dan saudara baru di Kampung Parit Mentara sekat sini dan menyerahkan bantuan kotak makanan kepada mereka.

 Menurut Drs Nizar program turun padang dan ziarah itu antara lain bertujuan untuk melihat sendiri keadaan golongan berkenaan di samping memberi kata-kata peransang untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

 “Program ini sangat baik untuk menyambung silaturrahim antara pemimpin dan rakyat supaya saling memahami masalah masing-masing, umpama cubit peha kanan, peha kiri juga terasa,” ujarnya.

 Di sebelah tengahari, exco kerajaan negeri itu menghadiri program Jom Sembelih, Rewang dan Rakyat Bersama YBU di Dewan Terbuka Bagan Tiang di mana 50 beliau mengambil bahagian di dalam kursus penyembelihan mengikut Islam.

 Drs Nizar berkata, walaupun perkara itu dianggap remeh tetapi ia sangat penting sebagai persediaan untuk menghadapi majlis kenduri kendara dan sambutan Hari Raya Korban.

 “Jika tidak diberi kursus teori dan praktikal, mungkin mereka berasa takut, was-was atau tidak yakin untuk melaksanakan penyembelihan yang akhirnya boleh menimbulkan kesulitan di masa hadapan,” katanya.

 Sebaik selesai program tersebut, Drs Nizar bersama-sama ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat melawat Sekolah Rendah Agama Rakyat Taufikiah Ad-Diniah untuk melihat sendiri keadaan sekolah itu yang mempunyai hampir 400 murid yang mengikuti dua sesi pengajian.

 “Saya telah menasihatkan mereka supaya memanjangkan permohonan kepada kerajaan negeri untuk membaik pulih dan membesarkan sekolah itu bagi memberi keselesaan kepada murid-murid,” kata beliau.

Stereotype threat is perhaps an issue for teachers as much https://writemypaper4me.org as their students, azano said

19 MEI 2016, KHAMIS

10:00 AMMenghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) Kerian Sempena Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Ke Daerah Kerian di Bilik Gerakan Tingkat 1 Pejabat Daerah dan Tanah Kerian.

12:30 PMMenghadiri Jamuan Tengahari YAB Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam Daerah Kerian Sempena Permukiman Daerah YAB Menteri Besar Perak @ Kerian di Dewan Taman Kerian Permai Parit Buntar.

02:00 PMWalkabout YAB Menteri Besar Perak Ke Station Keretapi Parit Buntar Sempena Permukiman Daerah YAB Menteri Besar Perak @ Kerian.

02:40 PMMenghadiri Pelancaran Surau Bergerak Sempena Permukiman Daerah YAB Menteri Besar @ Kerian di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian

03:00 PM Menghadiri Mesyuarat EXCO di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kerian.

08:00 PMMelawat Sekolah Agama Rakyat Al-Khairiah, Sungai Dungun Sempena Permukiman Daerah YAB Menteri Besar Perak @ Kerian.

09:00 PMRamah Mesra di Masjid Nibong Hangus Sempena Permukiman Daerah YAB Menteri Besar Perak @ Kerian.

11:00 PM Menghadiri Kenduri Tahlil En Yusof di Taman Tenggara Parit Buntar.

That and other shifts in teaching style have helped the school cut discipline referrals from an average of 120 a month to 20, cheephomeworkhelp.com she said

18 MEI 2016, RABU

08:00 AM – Menziarahi Warga Emas, OKU dan Saudara Baru Sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak @ Kerian di Sekitar Parit Buntar.

10:00 AMMenghadiri Solat Hajat Perdana, Tasmi’ Rukun Qauli Imam-Imam Kariah, Gotong Royong CSR Hamam, Perasmian ISO HAMAM dan Penyerahan Van Jenazah di Masjid Ar-Rahmaniah, Bukit Putus, Gunung Semanggol.

11:00 AM Ramah Mesra dan Melawat Bengkel Automotif YBU di Gunung Semanggol.

11:45 AM Mendengar Taklimat daripada PKNP Mengenai Pekan Kecil Sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak @ Kerian di Gunung Semanggol.

01:00 PM Ramah Mesra Bersama Pengamal Media di Pejabat Penerangan Daerah Kerian.

03:00 PMMenghadiri Muzakarah Penolong Pendaftar Daerah Kerian di Pejabat Agama Parit Buntar.

04:15 PM Ramah Mesra dan Melawat Pejabat Agama Islam  Daerah Parit Buntar serta Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)  Parit Buntar Sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak @ Kerian di Parit Buntar.

08:00 PMMenghadiri Ceramah Perdana Dato’ Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz di Dataran Kerian Permai, Parit Buntar.

Action, according to a homeworkhelper.net poll released last week

17 MEI 2016, SELASA

08:30 AMRamah Mesra dan Mendengar Taklimat Bersama PTA serta Staf Sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak @ Kerian di Pejabat Agama Islam Bagan Serai.

09:00 AM Menziarahi Warga Emas, OKU dan Saudara Baru Sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak @ Kerian di Kampung Parit Mentara Bagan Serai.

10:00 AMMenghadiri Program Ramah Mesra “liqa’Mahabbah”  YB EXCO Bersama Guru-guru KAFA Daerah Kerian Sempena Pemukiman Daerah Kerian di Dewan Komuniti Bagan Serai.

12:30 PMMenghadiri Program Jom Sembelih, Rewang dan Rakyat Bersama YBU Sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak @ Kerian di  Dewan Terbuka Bagan Tiang.

03:00 PM Ramah Mesra dan Lawatan Kerja ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Taufikiah Ad-Diniah Alor Pongsu Sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak @ Kerian.

08:00 PMMerasmikan Anugerah Tokoh Usahawan Muda 2015 dan Majlis Pelancaran Produk A.D.E. Water di Hotel Excelsior Ipoh

At the march 31 dinner at a washington hotel, justice thomas enthusiastically greeted the nine regional visit the following forum winners of the institute’s being an american essay contest

16 MEI 2016, ISNIN

09:30 AMMenghadiri dan Ramah Mesra Sempena Sambutan Hari Guru di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.

10:30 AM – Perasmian dan Ucaptama Majlis Sambutan Hari Guru Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah Taman Parit Jaya di Pusat Aktiviti JKP Taman Parit Jaya.

01:00 PMRamah Mesra dan Bual Bicara serta Makan Tengah Hari di Kampung Parit 4, Mardi.

02:30 PM – Motivasi Ketua Kampung/ JKKK Bersama Prof. Dr Yahya Mat Som Sempena Program Pemukiman Daerah Kerian di Dewan Taman Kerian Permai.

05:30 PMRamah Mesra dan Bermain Badminton di Dewan IPD Seri Iskandar.

Also, you’ll need to make sure that the auto reboot and view facts here now f

Baiti Jannati Penuhi Impian Pasangan Warga Emas

9-2

PARIT : Sepasang suami isteri berusia sekitar 70 tahun tidak dapat mengungkapkan rasa gembira mereka apabila kini mendapat ‘hadiah’ besar menerusi program Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, hari ini.

Jamaludin Mat Ali Piah, 71, berkata, beliau yang menetap hampir 30 tahun di Kampung Changkat Banjar di sini antara yang terpilih oleh TNB menerusi program Baiti Jannati.

“Berbelas tahun kami menunggu, dan akhirnya TNB datang untuk menolong kami mendapatkan rumah baharu.

“Perkara ini memang tak disangka. Rumah sebelum ini yang dibina dengan titik peluh sendiri, bermula dengan atap rumbia hingga ke atap zink, akhirnya dapat juga rumah baharu yang selesa ini,”katanya, ketika ditemui selepas sesi penyerahan rumah tersebut, hari ini.

Sesi penyerahan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan turut dihadiri oleh ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Pengurus Besar TNB Perak Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Mohd Zahir Md Nagor.

Ujarnya lagi, beliau dan isteri, Halimah Abdullah, 70, yang mempunyai empat orang anak kini tinggal bersama seorang cucu dan seorang anak kelainan upaya (OKU) masih tidak percaya dengan ‘hadiah’ yang diterimanya.

Sementara itu, Halimah menanggap dengan rumah yang diterimanya ini merupakan satu pemberian yang penuh makna.
“Ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasa semua pihak yang membantu kami,”ujarnya.

Sementara itu, Mohd Zaim berkata, usaha TNB dan agensi kerajaan yang lain amat dialu-alukan bagi membina rumah untuk mereka yang kurang bernasib baik.

“Bagi saya, ia satu usaha yang cukup baik dan pada masa yang sama, usaha seperti ini perlu diteruskan di masa hadapan.

“Walaupun kerajaan mempunyai peruntukan untuk membina rumah melalui pelbagai program, tetapi tindakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti ini sesuatu yang amat digalakkan dan patut diteruskan di masa akan datang,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Mohd Zahir berkata, sehingga tahun 2015, sebanyak 37 buah rumah telah berjaya dibaiki dari tahun 2008 yang melibatkan kos sebanyak RM1.132 juta di negeri Perak sahaja.7-2

“Bagi tahun 2016, sebanyak sembilan buah rumah akan didirikan dan kesemua pemiliknya yang terdiri daripada golongan asnaf telah diplih.

“Oleh kerana dari tahun 2012 kita menggunapakai wang zakat yang dikembalikan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), jadi pemilihannya adalah daripada golongan asnaf yang dipilih oleh JAIPk,”ujarnya.

Rumah yang dibina menerusi program Baiti Jannati itu berharga sekitar RM50,000 termasuk kelengkapan eletrik hasil sumbangan warga kerja TNB.

Easton, the director of the institute of https://essaydragon.com education sciences, the research arm for the u