27 MEI 2016, JUMAAT

08:30 AMPerasmian Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan Peringkat Daerah Kuala Kangsar 2016 di Dewan SMK Bukit Mercu.

02:50 PM – Perasmian Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2015 Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridzuan di Dewan Saidina Abu Bakar Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

09:00 PMRamah Mesra dan Ziarah di Parit 13.

He appears to support write me an essay a continued connection between federal funds and accountability, but seems likely to give more latitude to states and school districts than the bush administration has, she said

26 MEI 2016, KHAMIS

09:00 AMMesyuarat Jawatankuasa Fokus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Perak Tengah di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah.

10:00 AMRamah Mesra dan Sembang Bersama Ketua Kampung Merua.

11:00 AM  – Ramah Mesra dan Sembang Bersama Ketua UMNO Cawangan Kampung Tengah, Parit.

12:30 PM Ramah Mesra dan Sembang Bersama Ketua Kampung Teluk Perang

As revolutions http://essayclick.net take hold and change takes root, more will sign up to advance the cause

Sambutan Jubli Emas KPIP Meriah

IPOH – Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) mengadakan pelbagai acara sempena meraikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun penubuhannya.

 Antara program yang diadakan ialah majlis bacaan Yassin dan solat hajat, karnival 50 tahun KPIP, dan majlis minum petang.

Majlis minum petang telah diadakan di Hotel Casuarina @ Meru yang dihadiri oleh bekas pemimpin kesatuan itu, yang ditubuhkan pada tahun 1965.

 Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempat singgah untuk sama-sama meraikan majlis tersebut yang beliau wakilkan kepada Pengerusi Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

 Dalam ucapan ringkasnya, Dr Zambry berkata, KPIP sangat dekat dihatinya kerana melalui kesatuan itulah beliau belajar berpersatuan ketika menuntut di SMK Sitiawan.

 Di majlis itu, beliau mengimbas kembali kenangan bagaimana KPIP melalui Institut Sofa membantunya dan pelajar-pelajar lain yang kurang cemerlang dalam pelajaran untuk mendapat peluang kedua.

Menurut Dr Zambry, KPIP juga telah melahirkan ramai tokoh kepimpinan, baik dalam bidang pendidikan mahupun politik.

 “Bagaimanapun, jangan jadikan perbezaan fahaman politik sebagai batu penghalang untuk kita meneruskan matlamat awal penubuhan KPIP,” ujar beliau.

 Di majlis itu, Dr Zambry turut melancarkan buku KPIP Gemilang sempena sambutan jubli emas kesatuan.

 Drs Nizar yang mewakili Menteri Besar kemudiannya menyampaikan anugerah tokoh kepimpinan KPIP kepada bekas-bekas Presiden kesatuan yang ditubuhkan di Bagan Datoh itu

 

Given how long reauthorization of the block-grant program has sat dormant, advocates say there’s a lot to cheer in the fact that what to write your college essay about there’s a bipartisan bill on the table in the senate

Gen Y Mesti Punyai Sikap Tabaiyun

SERI ISKANDAR – Generasi Y (Gen Y) perlu mempunyai sikap sentiasa bersedia untuk membuat kajian dan olahan terhadap apa sahaja maklumat diterima atau dalam bahasa Arab disebut sikap tabaiyun.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, dengan ledakan maklumat di abad ke – 21 sekarang, Gen Y tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang diperolehi.

 Sebaliknya, kata beliau, mereka mestilah bersedia dan bijak untuk mengkaji dan menyelidik maklumat-matlumat berkenaan, lebih-lebih lagi yang melibatkan kepentingan negara.

“Sebagai aset penting yang bakal menerajui kepimpinan negara, Gen Y mesti bijak menganalisis apa juga maklumat yang diterima mengenai negara dan tidak hanya menerimanya bulat-bulat,” katanya kepada Suara Perak selepas merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan IKBN dekat sini pada Sabtu.

 Hadir sama Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Perak, Hasan Ashari Abu Bakar.

 Seramai enam peserta akhir mengambil bahagian di dalam pertandingan itu yang dimenangi oleh Muhammad Haziq Jamaluddin (johan), Mahendaran a/l Duraisamy (kedua) dan Fyian Syafiq Sulaiman (ketiga).

 Johan peringkat negeri akan mewakili Perak ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sungai Petani, Kedah pada pertengahan tahun ini.

 Drs Nizar berkata, pertandingan seumpama itu sangat baik kerana ia mampu melahirkan pemidato yang mampu berhujah dan menyampaikan maklumat dengan penuh keyakinan serta berkesan.

 Menurut beliau, dengan kelebihan itu, mereka juga mampu berinteraksi dengan rakan sebaya, sekaligus boleh membantu mereka terjebak ke dalam ancaman semasa yang melalaikan seperti dadah dan gejala sosial.

 “Generasi muda perlu merasai bahawa kerajaan sentiasa membantu dan menyayangi mereka dengan memberi ruang serta peluang di dalam pelbagai perkara kepada mereka,” ujarnya.

Each cohort of aspiring principals is paired with a coach, a former principal who serves as https://pro-academic-writers.com/ a mentor

25 MEI 2016, RABU

09:45 AMMenyampaikan Dermasiswa Yayasan Perak di Pejabat Penghulu Mukim Layang-layang.

10:00 AM – Ramah Mesra Bersama Ketua-ketua Kampung Mukim Layang  di Pejabat Penghulu Mukim Layang.

12:30 PMMenghadiri Majlis Ramah Mesra dan Kursus Pembenihan Cendawan di Kampung Baru Tanjong Medan. 

03:00 PMMenghadiri Majlis Silaturrahim dan Minum Petang Sempena Hari Guru 2016 Serta Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1437H Bersama Mantan Guru Besar/ Pengetua Daerah Perak Tengah di D’Hotel Sri Iskandar.

05:00 PMRamah Mesra dan Santai Petang di Kebun Tin Kampung Batu 30 Titi Gantong.

07:15 PM Menghadiri dan Mengiringi Penceramah dari Turki Untuk Memberikan Ceramah di Masjid Daerah Seri Iskandar.

10:30 PMRamah Mesra dan Bermain Badminton di Dewan MDPT Seri Iskandar.

24 MEI 2016, SELASA

08:45 AM Penyampaian Ucaptama dan Perasmian Seminar Perbandingan Pendidikan Badiuzzaman Said Nursi di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

10:00 AMMenghadiri Mesyuarat EXCO.

02:30 PM – Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.

02:45 PM – Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Perak Tengah di Dewan MDPT Seri Iskandar.

05:30 PM – Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertama  Bakip di Bakip Meru Raya.

American school districts, colleges, and businesses have write my paper for me to www.overnightessay.co.uk/ a shared interest in pursuing innovative designs like p-tech that address a largely outdated agrarian model of education

MB Inc. Lancar Prototaip Surau Bergerak

PARIT BUNTAR: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) melancarkan prototaip perkhidmatan Surau bergerak atau Mobil Musollah kepada umum hari ini.

Perkhidmatan Surau bergerak itu menyediakan tempat bersolat terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan umum dan waktu berlangsungnya majlis keramaian.

Prototaip Surau Bergerak MB Inc. telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempena program pemukiman Daerah Kerian di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Datuk Aminudin Hashim.

Pekhidmatan surau bergerak turut bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), Badan Nadwah Islamiyah Pahang.

Surau bergerak itu menggunakan sebuah lori yang telah direka bentuk khas dengan menyediakan ruang solat berasingan buat lelaki dan perempuan.

Surau bergerak ini juga dilengkapi dengan tempat mengambil wudhu, sistem audio, kanvas khas yang berfungsi sebagai bumbung dan permaidani untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

Perkhidmatan ini juga telah diperkenalkan di Malaysia menerusi Badan Nadwah Islamiyah Pahang pada tahun lepas yang melibatkan kos sekitar RM200,00.

Menurut Aminudin perkhidmatan surau bergerak ini menyediakan satu alternatif untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah solat terutamanya pada waktu keramaian di kawasan yang tidak menyediakan surau atau masjid berdekatan.

“Bagi MB Inc. ini merupakan salah satu lagi peluang syarikat mengerjakan amal jariah di samping menyumbang kepada usaha melaksanakan konsep mesra belia bagi menarik minat golongan muda,” katanya.

Our projects made us feel good about lending a helping hand to the community pro-essay-writer.com/ and earned accolades for our students