Hobi Akhirnya Jana Pendapatan Lumayan

KAMPUNG GAJAH: Bermula daripada hobi memelihara ikan hiasan, akhirnya memberi pulangan ratusan ribu ringgit kepada usahawan muda, Shaharizad Shahrul, yang menjalankan peniagaan ikan kelisa (arowana) dan pari air tawar.

629c40_416b14d922904e7d84acf67f5d5f5c35-mv2

Menurut Shaharizal, 34, yang lebih mesra dengan panggilan Ijat, dia mula memelihara kira-kira 100 ekor ikan kelisa di rumahnya di Seri Iskandar mulai tahun 2006.

Bagaimanapun, kata usahawan muda itu, apabila menyedari permintaan terhadap ikan hiasan itu sangat tinggi, khususnya daripada negara China, beliau dan bapanya berkongsi membeli benih ikan kelisa yang berumur tiga bulan.

“Selepas anak-anak ikan itu berumur setahun, kami mengeksport ke negara China kerana permintaan yang tinggi di negara tersebut,” katanya ketika ditemui di Na Na Farm Agrotech miliknya di Kampung Pulau Tiga dekat sini.

Ijat, lulusan Diploma Ukur Bahan daripada Politeknik Kok Lanas mengakui, ketika itu harga seekor ikan kelisa yang dieksport lebih RM1,000 dan purata hasil jualan bulanannya sekitar RM200,000.

Hasil kejayaan itu, pada tahun 2010, beliau melihat permintaan terhadap ikan pari air tawar untuk hiasan sangat tinggi di negara China kerana mereka percaya ikan berkenaan ada `ong’ (tuah).

“Pada 2010, saya mula mengimport pari air tawar daripada China untuk dibiakkan di sini sebelumnya mengeksport semula ke negara tersebut,” katanya sambil mengakui, sebelum kejatuhan harga ikan hiasan itu, harganya mencecah sehingga RM7,000 seekor.

 629c40_43e1b06fa86046bdb0c4be9e892bae03-mv2           629c40_bfd59e44dddb4edbbcdfe2e6d065c858-mv2       629c40_3e714e584949440aa471400307abcad8-mv2

629c40_ed75c1df0f744250af0fa89e01a014fd-mv2           629c40_c38fbbf482cc49438f19e5d8c3a84995-mv2        629c40_2b93156e72b44bf98a0eda5c241af8d3-mv2

Menjadi lumrah di dalam perniagaan, ada pasang surutnya, begitulah juga dengan sektor ikan hiasan yang akhirnya merosot pada 2012.

Ketika itu, Ijat kembali kepada bidang asalnya, pembinaan, yang telah diceburinya sebaik sahaja menamatkan pengajiannya pada tahun 2004.

Menyedari 9/10 daripada rezeki adalah dalam perniagaan, pada 2014, anak muda ini bersama-sama bapanya membuat pelaburan di dalam sebuah restoran makanan Thailand yang terletak di Seri Kembangan, Kuala Lumpur.

Tidak cukup dengan itu, ditambah kerana ingin bersama-sama menyumbang kepada pembangunan di kampung halamannya sendiri, beliau membuka sebuah restoran ala kopitiam di No. 1, Kedai Desa, Kampung Gajah pada awal 2015.

Ketika perniagaannya itu masih mendapat sambutan, beliau merasakan ada sesuatu yang kurang, tambahan pula citarasa masyarakat setempat yang masih belum biasa dengan konsep restoran ala kopitiam.

Akhirnya, Ijat dan bapanya mengambil keputusan untuk mengubah konsep restorannya kepada ala Thai tetapi menggunakan bahan mentah tempatan, dari Kampung Gajah sendiri.

Selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, Al-Falah Kopitom dibuka dengan memberi tumpuan kepada udang galah dan ternakan dari Na Na Farm, seperti ayam kampung, ayam belanda dan burung api-api.

“Kami sediakan pelbagai menu istimewa daripada udang galah dari Kota Setia di sini, ayam kampung, ayam belanda dan burung api-api yang kami pelihara sendiri di ladang,” ujarnya.

Menurut Ijat, disebabkan hobinya, dia memelihara ternakan itu di ladangnya, sekaligus dapat menawarkan harga yang jauh lebih rendah, berbanding dengan restoran lain.

Beliau memberi contoh, lazimnya harga ayam kampung mencecah sehingga RM15 sekilo tetapi hasil ladangnya itu ditolak ke restoran Al-Falah hanya pada harga RM10 sekilogram.

“Harga yang ditawarkan di restoran kami memang sesuai untuk taraf hidup di sini, itu sebab tagline kami ialah `Kedai Macam Kondo, Harga Macam Warong,” tambahnya.

Walaupun mengakui pelaburan RM230,000 untuk kedainya itu mungkin lambat  mendapatkan semula modalnya, Ijat berkata, itulah antara pengorbanan kecil yang mampu dilakukannya untuk bersama-sama membantu kampung halamannya.

Pun begitu, anak muda ini bersyukur kerana restorannya mula mendapat sambutan daripada pelanggan Cina dan India, lebih-lebih lagi dengan menu istimewanya, yang sukar diperolehi di restoran-restoran lain.

Restoran Al-Falah Kopitom dibuka setiap hari mulai jam 1 tengahari – 1 pagi manakala hari Jumaat dari 4 petang – 1 pagi. Sebarang tempahan boleh menghubungi 05-6313539 atau 019-5553109 (Ijat).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali mengucapkan syabas kepada Ijat kerana usahanya menceburi bidang lain daripada kelulusannya.

Menurut beliau, sebenarnya banyak lagi peluang yang boleh diceburi oleh anak-anak muda di Kampung Gajah, khususnya di dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

Then check out this app filled with fresh https://trymobilespy.com/mobile-locate-family-locator-app/ and healthy dessert recipes made from fruit

27 SEPTEMBER 2016, SELASA

09:30 AM – Menghadiri Majlis Pelancaran Logo dan Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak di Dewan Al-Ghazali Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

11:30 AMMenghadiri Persidangan Kali Ke-196 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Bil.3/2016 di Dewan Persidangan Tingkat 5 Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh.

Facebook launches new groups, refreshed https://spyappsinsider.com/the-mobile-spy-smartphone-monitoring-software interface, download your facebook data feature & application dashboard you can follow us on twitter or join our facebook fanpage to keep yourself updated on all the latest from microsoft, google and apple

23 SEPTEMBER 2016, JUMAAT

09:00 AMMenghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Perak Tengah di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah Seri Iskandar.

03:00 PMMenghadiri Sesi Taklimat Perbincangan Bersama Di Pejabat UMNO Parit.

05:00 PMMelawat Ziarah Kematian Keluarga Masyarakat India di Sadang Camp, Parit.

This first run is a time-consuming process, so it’s best to just let https://topspyingapps.com/spy-on-iphone it happen and get on to doing something else

22 SEPTEMBER 2016, KHAMIS

09:00 AM – Kunjungan Hormat daripada Jawatankuasa Madrasah Al Hikmah di Pejabat SUK Ipoh.

09:20 AMPerbincangan dan Perjumpaan Bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Perak di Pejabat SUK Ipoh.

09:45 AM Kunjungan Hormat daripada Persatuan Perdasama di Pejabat SUK Ipoh.

10:00 AMKunjungan Hormat daripada Madrasah Idrisiah Bukit Chandan di Pejabat SUK Ipoh.

12:30 PMLawatan Kerja Ke Ladang Nana Farm Agro Tech di Pulau Tiga, Kampung Gajah.

2:00 PMRamah Mesra Bersama YB Abdullaah Fauzi,Adun Kampung Gajah , Pegawai Daerah Perak Tengah dan Rakan Media di Restoren Al-Falah Kampung Gajah.

4:00 PMMenziarahi En Achik Nasir di Rumah Beliau, Kubang Candong, Bota.

5:30 PMRamah Mesra dan Bermain Badminton di IPD Seri Iskandar.

It really comes down to personal preference, or what everyone else www.spyappsinsider.com/how-to-tap-a-cell-phone in your pool is already using