04 OKTOBER 2016, SELASA

10:00 AM – Bicara Facebook Bersama JASA di Pejabat SUK.

12:00 PM – Menghadiri Sesi Bertukar-tukar Fikiran Dengan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Bersama Ahli-ahli Jawatankuasa (Induk) Pendidikan Tahfiz Negeri Perak di Pejabat Menteri Besar Perak.

08:45 PMRamah Mesra dan Perlawanan Persahabatan Bermain Bolasepak di antara Pasukan Tam Ken Nam vs Veteran Parlimen Parit di Padang Taman DR Ipoh.

Early-childhood professionals have worked to create learning-rich environments in which art projects, rudimentary science experiments, and extended conversations aim to do my term paper build young children’s oral language and background knowledge

03 OKTOBER 2016, ISNIN

09:45 AMMenziarahi Kematian di Rumah Cik Mat Huzaizi di Kampung Baru Layang Kanan.

11:00 AM Ramah Mesra dan Menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Anjuran JKKK Seberang Manong di Perkarangan Masjid Seberang Manong.

09:00 PM Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Bermain Bowling Anjuran Kelab Bowling Seri Iskandar di D’Ampang Superlbowl Seri Iskandar.

Alarms a fairly fascinating application, alarms adds a bar to the top of your screen that shows a https://trymobilespy.com/spy-app-iphone visual representation of your day

02 OKTOBER 2016, AHAD

09:30 AMMenghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1438H/2016M di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai.

05:00 PMPerasmian Madrasah Anwariyyah Kampung Tanjung Ara, Parit di Madrasah Anwariyyah Kampung Tanjung Ara.

Its one of my favorites www.spying.ninja to stream the *same* music into several rooms

Sultan Perak Lancar Logo, Pelan Strategik MAIPk

IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan logo dan Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi tempoh lima tahun, 2016 hingga 2021.

Baginda bertitah bahawa logo tersebut dilakar untuk memberi satu identiti kepada Majlis dan hanyalah satu lakaran di atas kertas, logo ini, sekadar satu simbol serta satu lambang.

“Yang lebih penting dibina, ialah imej dan reputasi, serta persepsi positif di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap Majlis (MAIPk).

Titah baginda lagi,pelancaran Pelan strategik oleh MAIPk bagi lima tahun akan datang  merupakan komponen pengisian yang mengandungi rangka kerja tindakan untuk mencapai misi dan objektifnya tersendiri.

“Kerana itu Majlis turut mengambil langkah, merangka pelan strategik untuk tempoh lima tahun akan datang. Pelan strategik ini, ialah komponen pengisian yang mengandungi rangka kerja tindakan untuk mencapai misi dan objektif Majlis,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Logo dan Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini hari ini.

“Dalam tempoh lima tahun perlaksanaannya, pelan strategik ini harus memberi ruang kepada pengubahsuaian. Teknologi pada hari ini, berubah dengan fasa yang tersangat laju.

“Situasi ekonomi dan urusniaga dunia, begitu jua senario politik dan urus tadbir dunia tidak kekal statik.  Penemuan baru terus berlaku, perubahan turut berlaku sepanjang masa.

“Oleh itu, ahli-ahli MAJLIS hendaklah berwaspada, peka dan cerdas untuk membaca dan mentafsir dinamik yang berlaku, serta sedia melakukan pengubahsuaian kepada strategi yang telah diperkenankan ini, selaras dengan perkembangan dan perubahan, senario semasa dunia dan negara,” titah baginda.

Yang hadir sama pada majlis tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Logo tersebut mempunyai elemen bunga padi yang melambangkan kemakmuran negeri dan MAIPk yang progresif serta dinamik selain daripada penggunaan huruf ‘pa’ dalam tulisan jawi dan abjad ‘p’ dalam tulisan rumi iaitu simbolik kepada huruf awalan bagi negeri Perak.

Tiga titik pula melambangkan tonggak ajaran Islam iaitu Islam, Iman dan Ihsan selain manifestasi kepada tiga tonggak pemerintahan beraja di Negeri Perak iaitu Sultan Perak, Raja Muda dan Raja Di-Hilir.

Education https://www.pro-academic-writers.com/ eyed in 36 battles for governor,

Penguat kuasa agama perlu guna pendekatan preventif

IPOH 27 Sept. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan para pegawai penguat kuasa agama yang memperlihatkan kuasa sehingga meminggirkan adab, tertib dan sopan bukanlah budaya yang dianjurkan oleh Islam. 

Baginda bertitah, tindakan secara kasar dan keras serta merendah-rendah dan memperkecilkan hingga mengakibatkan orang merasa terhina, dizalimi dan diaibkan baik secara lisan apatah lagi secara perbuatan, tidak harus berlaku dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pegawai penguat kuasa agama.

“Pegawai-pegawai penguat kuasa agama berada di barisan hadapan dan terdedah kepada penilaian umum.

“Keindahan Islam itu wajib dicerminkan dengan sifat-sifat berhemah ketika memenuhi tugas dan melaksanakan operasi dengan mengamalkan pendekatan berdakwah untuk menyeru ke jalan kebaikan dan memanggil pihak yang melakukan kesilapan untuk diberikan nasihat secara tertutup, mengaturkan sesi bimbingan dan kaunseling. 

“Modus operandi kakitangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam hendaklah berpandukan pendekatan preventif dan bukannya pendekatan punitif,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan Logo dan Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Kompleks Islam di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

In some of his most extensive comments on the look at this company matter to date, mr