IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan tauliah pelantikan kepada seramai 621 orang yang terdiri daripada pegawai masjid, imam serta bilal merangkumi Daerah Kinta, Kampar, Seri Iskandar dan Manjung.
Tempoh pelantikan tersebut adalah bagi tempoh tiga tahun bermula dari Mac ini sehingga Januari 2019.
Majlis penyampaian tauliah pelantikan tersebut diadakan di Dewan Bankuet Bangunan Darul Ridzuan, di sini, pagi tadi.
Sementara itu, penerima watikah pelantikan bagi kali ini adalah melibatkan sebanyak 207 buah masjid di daerah-daerah tersebut.
Seramai 414 penerima watikah pelantikan imam dan bilal dari kawasan Ipoh (150), Batu Gajah (28), Kampar (38) dan Seri Iskandar (88) dan Manjung (110).
Turut mengiringi Baginda ke majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.
Turut hadir ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, barisan Exco Negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)