11:15 AM – Merasmikan Majlis Graduasi Kursus Intensif Bahasa Arab Guru Kafa (KIBAK 1) Sesi 2012 di Dewan Bankuet SUK Ipoh.
04:00 PM – Menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Kelas KAFA Tulen Di Sekolah Kebangsaan Terpilih Antara Jabatan Agama Islam Perak Dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak di Tingkat 3, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.
05:30 PM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kumpulan Ar – Ridzuan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Restaurant Hadramawt , Ipoh.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak Today : Thu, Nov 21st, 2013
1,175 Guru KAFA Perak Berjaya Ikuti KIBAK
Seramai 1,175 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh Perak berjaya mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab Guru KAFA 2012 (KIBAK ) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam pembelajaran bahasa Arab.
Pagi tadi, berlangsung majlis graduasi KIBAK 1 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Nizar Zakaria di Dewan Bankuet, dekat Ipoh.
“Seramai 1,175 guru KAFA bergraduasi hari ini dan kursus ini antara lain memberi pendedahan berkaitan ilmu yang mempunyai nilai yang tersendiri,” katanya.
Dalam ucapannya lagi, beliau menegaskan, pelbagai aktiviti perlu dijalankan secara berterusan dan nilai tambah dalam setiap perancangan perlu datang daripada pihak guru KAFA itu sendiri.
Pendidik juga digesa untuk lebih bersemangat kerana peranan guru KAFA cukup penting dan jelasnya lagi, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR).
“Insentif sebegini merupakan salah satu pendekatan dalam kurikulum bagi subjek bahasa Arab dan sudah pastinya guru-guru perlu didedahkan dengan kepelbagaian teknik dalam bentuk pengajaran,” ujar Mohd Nizar lagi.
Perak News :
Thursday, 21 November 2013
Lulus Penilaian KAFA Layak Ke Sekolah Agama Rakyat Negeri
Pelajar yang ingin memasuki sekolah agama rakyat negeri dan Sekolah Menengah Tahfiz di negeri ini perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnnya 4A 4B dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA)
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, selain itu mereka juga perlu mengikuti kelas Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) sehingga tahun enam.
“Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) bukan sekolah kelas kedua tetapi merupakan salah satu daripada komuniti gedung ilmu yang memberikan pendidikan ilmu agama kepada murid-murid dalam melahirkan insan yang bersahsiah tinggi.
“Maka sebab itulah murid-murid di sekolah kebangsaan yang belajar dari tahun satu sehingga tahun enam sebenarnya mereka wajib untuk berada di mana-mana sekolah agama rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Kursus Insentif Bahasa Arab Guru KAFA (KIBAK 1) Sesi 2012 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.
Video
http://www.youtube.com/watch?v=rFXO2Ipeqj8