09:00 AM – Melawat Ziarah Di Sekitar Kawasan DUN Belanja
11:30 AM – Berada Di Pejabat SUK Ipoh
01:00 PM– Perbincangan Bersama Dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah Di Pejabat SUK Ipoh
06:00 PM – Menghadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al- Quran Di Pejabat TEKUN Ipoh
06:40 PM – Menghadiri dan Mewakili YAB. Menteri Besar Perak ke Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Sempena Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Di Masjid Sultan Azlan Shah Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, Perak.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak Today
Wed, Jul 31st, 2013
40 Usahawan Terpilih Sertai Program Jom Beli Barang Raya 2013
Seramai 40 usahawan terpilih menyertai program Jom Beli Barang Raya 2013 peringkat negeri Perak yang bertujuan membantu rakyat menjadi pengguna yang bijak.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata program itu juga diharap dapat membantu pengguna membeli barangan keperluan dengan mudah dan tawaran harga yang berpatutan.
“Pada tahun ini, Seri Iskandar terpilih mewakili negeri Perak dalam program Jom Beli Barang Raya yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat di daerah Perak Tengah khususnya untuk memilih dan membeli barang keperluan sempena Hari Raya.
“Diskaun barangan tertentu juga ada diberi dan ini merupakan inisiatif kerajaan dalam memberi kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna,” jelasnya.
Perak Today
Wed, Jul 31st, 2013
Kepimpinan Di Senangi Rakyat, Pendidikan Fokus Utama ADUN Belanja
Terkenal dengan sikap ringan tulang, kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Mohd Nizar Zakaria ternyata cukup disegani rakyat di kawasan itu apatah lagi pernah bergelar sebagai Ahli Parlimen Parit sebelum ini.
Maka, tidak hairanlah beliau terus diberi kepercayaan untuk mewakili suara rakyat di kawasan Belanja selepas meraih 7,691 undi manakala pencabarnya, calon PAS, Najihatussalehah Ahmad sekadar memperoleh 2,963 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Kemenangan dengan majoriti 2,963 undi itu sekaligus melayakkan anak jati Parit itu meneruskan agenda membangunkan kawasan Perak Tengah bagi tempoh lima tahun akan datang.
Ketika ditemui Peraktoday.com, Mohd Nizar berjanji akan memberi perkhidmatan yang telus kepada penduduk daerah Perak Tengah melalui perancangan yang telah diusulkan kepada kerajaan negeri.