10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak Yang Ke 13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
03:15 PM – Selesai Berucap Pengulungan Perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke 13 Perak Darul Ridzuan dan Menjawab Kesemua Pertanyaan Daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat
08:00 PM – Menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Biro Tatanegara Perak di Lobi Tingkat Bawah Blok B, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
10:30 PM – Menghadiri Majlis Sambutan AMbang Merdeka 2013 di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak News
Kerajaan Sedia Timbang Tambah Imbuhan Guru Agama
Friday, 30 August 2013 17:15
Kerajaan negeri sedia menimbang untuk menaikkan kadar imbuhan yang diberikan kepada guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, setakat ini, kerajaan negeri memberi imbuhan RM400 kepada setiap guru yang memperuntukan tempoh mengajar lapan kali sebulan di seluruh masjid dan surau.
Menurut beliau, pemberiaan berkenaan adalah sebagai tanda keprihatinan terhadap usaha kumpulan itu yang dianggap golongan paling hampir dengan akar umbi bagi menjelaskan perihal agama.