08:30 AM – Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Perak Tengah di Pejabat Tanah & Daerah Seri Iskandar.

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

Tunas Mekar Bantu Belia Bumiputera Berniaga

Program Tunas Mekar anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri didapati berkesan untuk membantu golongan belia bumiputera menceburi bidang perniagaan.

Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM Bahagian Khas, Datuk Zolkopli Dahalan berkata, daripada keseluruhan peserta yang menyertai program itu dari siri satu hingga empat, sebanyak 65.3 peratus peserta telah membuka perniagaan sendiri.

Menurut beliau, program ini telah menunjukkan pencapaian yang cukup memberansangkan dan seramai 1,636 belia di seluruh negara telah menyertainya sejak 2005.

“Kami di pihak ICU JPM merasakan jika program ini diteruskan, peratusan kejayaan peserta itu boleh meningkat lebih tinggi,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Graduasi Usahawan Perantis Muda Tunas Mekar Siri 5 Zon Utara di Ipoh pada Khamis.

Justeru itu, Zolkopli memberitahu, pihaknya kini sedang menjalankan kajian untuk melihat sejauh mana kejayaan program itu dalam melahirkan usahawan. “Selepas mendapat keputusan daripada kajian itu, kita akan berbincang dengan peneraju program ini iaitu UiTM bagi mencari cara untuk menambah baik lagi program ini,” ujarnya.

Dalam majlis graduasi itu, seramai 84 peserta dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah menerima sijil selepas berjaya menamatkan kursus itu selama setahun.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berharap kesemua 84 peserta itu akan terus berusaha memajukan perniagaan masing-masing.

Katanya, ilmu yang diperolehi daripada program itu perlu dijadikan kekuatan serta bimbingan untuk mereka memajukan perniagaan.

“84 perserta ini juga bertanggungjawab untuk menjadikan produk mereka sebagai contoh kepada generasi muda di negeri serta di negara kita,” ujarnya.

Sementara itu, pemenang Anugerah Khas Tunas Mekar Terbaik Negeri Perak, Atiqah Nazaruddin, 23 memberitahu, program tersebut telah membimbingnya sehingga berjaya membuka kedai bakeri sendiri di Parit.

“Selepas mendapat diploma dalam bidang akauntan, saya terus menyertai program ini dan alhamdullilah ianya memberikan hasil yang terbaik kepada saya.

“Selain daripada tunjuk ajar serta ilmu untuk membuka perniagaan sendiri, program ini juga turu menghantar saya bekerja sebagai latihan praktikal. Ianya banyak membantu saya dalam memahami bidang perniagaan yang saya minati,” katanya.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).