10:00 AM – Perasmian Mesyuarat Agung Pengurusan Guru-guru KAFA Negeri Perak di INTIM.

IMG_3918 IMG_3919 IMG_3921 IMG_3922 IMG_3923 IMG_3924 IMG_3925 IMG_3926 IMG_3927 IMG_3928IMG_3929 IMG_3932 IMG_3932 IMG_3936 IMG_3937 IMG_3938 IMG_3939 IMG_3941 IMG_3942 IMG_3943IMG_3944 IMG_3945 IMG_3947 IMG_3948

12:30 PM – Menyaksikan Kejohanan Dart & Karom Lelaki Tertutup Perak 2015, Anjuran Maksak Perak di Stadium Perak, Ipoh

IMG_3969 IMG_3970 IMG_3971 IMG_3972 IMG_3973 IMG_3974 IMG_3975 IMG_3978 IMG_3979 IMG_3976IMG_3977

01:45 PM – Ramah Mesra Bersama Salah Seorang Pemilik Kereta Antik di Ipoh

IMG_3980 IMG_3981 IMG_3982 IMG_3983 IMG_3984 IMG_3985 IMG_3986 IMG_3987

 03:00 PM – Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Taman Maju, Seri Iskandar

IMG_3988 IMG_3989 IMG_3990 IMG_3991 IMG_3997 IMG_3994 IMG_3992 IMG_3996 IMG_3993 IMG_3995

04:00 PM – Merasmikan Mesyuarat Agung Khairat Kematian Kg. Selboh di Rumah Rehat Chempaka Sari

IMG_4001 IMG_3998 IMG_4002 IMG_4004 IMG_4005 IMG_4006 IMG_3999

05:10 PM – Menyaksikan Liga Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Perak Tengah Parit di Mini Stadium MDPT Parit

IMG_4007 IMG_4008 IMG_4009 IMG_4010 IMG_4011 IMG_4012

09:15 PM – Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1436H/2015M di Casuarina @ Meru

DSCN2649 DSCN2650 DSCN2651 DSCN2652 DSCN2655 DSCN2656 DSCN2657 DSCN2658 DSCN2660 DSCN2662DSCN2663 DSCN2664 DSCN2665 DSCN2666 DSCN2667 DSCN2669 DSCN2670 DSCN2672 DSCN2673 DSCN2675DSCN2676 DSCN2677 DSCN2678 DSCN2681 DSCN2683 DSCN2686 DSCN2692 DSCN2694 DSCN2696 DSCN2697DSCN2698 DSCN2700 DSCN2701 DSCN2706 DSCN2709 DSCN2710 DSCN2711 DSCN2712 DSCN2713 DSCN2714DSCN2715 DSCN2717 DSCN2719 DSCN2721 DSCN2723 DSCN2725 DSCN2726 DSCN2729 DSCN2730 DSCN2731DSCN2732

 

 

Artikel/Keratan Akhbar/Portal

Sinar Harian Perak : 29 Mac 2015

 

 

KPM 2015 BERLANGSUNG MERIAH

KPM 2015 berlangsung meriah

IPOH – Karnival Pendidikan Mara (KPM) 2015 yang berlangsung di Halalpark Tambun selama tiga hari bermula Jumaat lalu meriah dengan pelbagai pengisian menarik.

Perasmiannya disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria semalam dengan turut dihadiri Pengarah Mara Negeri, Teh Arfah Kamarulzaman.

Antara pengisian yang menarik sepanjang karnival termasuklah Seminar Keusahawanan oleh Selebriti, Datuk Dr Fazley Yaacob, Seminar Herba dan Kesihatan, pertandingan mewarna  serta program motivasi.

Sepanjang karnival, sebanyak 52 institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil bahagian dalam pameran pendidikan, manakala 30 gerai usahawan turut serta mempromosikan produk mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Keratan Akhbar/Portal

Sinar Harian Perak : 29 Mac 2015

 

MARA  BANTU PELAJAR BUAT PILIHAN

Mara bantu pelajar buat pilihan

IPOH – Majlis Amanah Rakyat (Mara) terus optimis membantu golongan bumiputera dalam pendidikan dengan penganjuran Karnival Pendidikan Mara (KPM) 2015 di Halal Park Tambun, di sini semalam.

Karnival bertemakan Wadah Impian bermula sejak awal Mac itu diadakan di Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Kelantan dan kini Perak manakala April depan ia berlangsung di Johor, Pahang, Terengganu, Kedah dan Sabah.

Pengarah Mara Perak, Teh Arfah Kamarulzaman berkata, karnival itu antara langkah diambil untuk memberikan pendedahan kepada pengunjung mengenai peluang melanjutkan pengajian sehingga peringkat tertinggi.

“Saya percaya masih ramai tidak tahu luasnya peluang pendidikan disediakan Mara dan di Perak kita adakan dari 27 hingga 29 Mac, selama tiga hari.

“Melalui karnival ini, kita mahu bumiputera tahu mereka berpeluang melanjutkan pengajian dan jangan melepaskan peluang disediakan Mara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian karnival yang disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria itu.

Teh Arfah berkata, karnival tersebut menjadi medan penyatuan dalam mendekatkan warga Mara dengan masyarakat terutamanya di negeri ini.

Katanya, Mara ingin membantu pelajar membuat pilihan tepat mengenai bidang pengajian bersesuaian dengan personaliti, minat dan kelayakan akademik mereka.

“Sepanjang karnival ini, kami turut mengadakan penerangan mengenai pendidikan dan kerjaya bagi memberi panduan serta hala tuju kepada lepasan SPM,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nizar berkata, pengunjung boleh mendapatkan informasi mengenai program dan kemudahan pendidikan ditawarkan oleh institut pendidikan di bawah agensi tersebut.

“Karnival ini juga beri peluang kepada pelajar dan ibu bapa meninjau peluang pendidikan dan latihan disediakan Mara dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Program seperti ini membantu pelajar membuat keputusan dalam menentukan pilihan pendidikan berdasarkan kelayakan dan minat,” katanya.

Beliau berkata, penekanan terhadap pendidikan amat penting dalam usaha kerajaan mencapai matlamat melahirkan generasi masa depan berilmu serta mampu membawa kemajuan sosial dan ekonomi negara.

Mohd Nizar berkata, menerusi pendidikan, sesebuah keluarga itu dapat mengubah kehidupan menjadi lebih baik secara kolektif, sekali gus membantu negara agar lebih progresif.

“Kerajaan negeri dan Pusat bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pendidikan di negara ini,” katanya.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).