08:00 AM – Pelancaran Pra-Ramadhan di Pasar Tani Kampung Simee.

IMG-20140628-WA0027 IMG-20140628-WA0023 IMG-20140628-WA0029 IMG-20140628-WA0024 IMG-20140628-WA0020

IMG-20140628-WA0034 IMG-20140628-WA0033 IMGL1027 IMGL1060 IMGL1230

IMGL1129 IMGL1141 IMGL1160 IMGL1193 IMGL1198

IMGL1122 IMGL1104 IMGL1063 IMG-20140628-WA0013 IMG-20140628-WA0021

IMG-20140628-WA0022 IMGL1371 IMGL1398 IMGL1412 IMGL1424

IMGL0994 IMGL1000 IMGL1003 IMG-20140628-WA0039 IMG-20140628-WA0037

IMG-20140628-WA0032 IMG-20140628-WA0026 IMG-20140628-WA0038 IMG-20140628-WA0031 IMG-20140628-WA0036

IMG-20140628-WA0015 IMG-20140628-WA0018 IMG-20140628-WA0019 IMGL1472 IMGL1513

IMGL1496 IMGL1453 IMGL1535 IMGL1529 IMGL1523

IMG-20140628-WA0011 IMG-20140628-WA0009

 

 

10:30 AM – Merasmikan Pelancaran Pelekat Di Terminal Teksi Aman Jaya Sempena Kempen ” Jom Solat Berjemaah Di Masjid”  di Terminal Aman Jaya Meru Raya.

IMGL1712 IMGL1714 IMG-20140628-WA0059 IMG-20140628-WA0042  IMG-20140628-WA0041

IMGL1696 IMGL1707 IMG-20140628-WA0045 IMG-20140628-WA0046 IMGL1617

IMGL1606 IMGL1628 IMG-20140628-WA0044 IMG-20140628-WA0040 IMG-20140628-WA0061

IMG-20140628-WA0062 IMG-20140628-WA0043  IMGL1651 IMGL1653 IMG-20140628-WA0058

IMG-20140628-WA0057 IMGL1693 IMGL1780 IMGL1774 IMGL1762

IMG-20140628-WA0047 IMG-20140628-WA0051 IMGL1744 IMGL1750 IMG-20140628-WA0050
IMG-20140628-WA0048 IMG-20140628-WA0055 IMG-20140628-WA0056 IMGL1857 IMGL1863

IMG-20140628-WA0052 IMG-20140628-WA0054

02:00 PM  – Merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pengakap Negeri Perak Berhad di Pejabat Persekutuan Pengakap Negeri Perak,Ipoh

IMG-20140628-WA0066 IMG-20140628-WA0075 IMG-20140628-WA0068 IMG-20140628-WA0071 IMG-20140628-WA0074

IMGL1939 IMGL1921 IMGL1914 IMGL1946 IMGL1955

IMG-20140628-WA0067 IMGL1964 IMGL1982 IMGL1994 IMGL2012

IMGL2036 IMG-20140628-WA0070  IMG-20140628-WA0072  IMG-20140628-WA0076 IMGL2041

IMGL2066 IMGL2078 IMGL2096 IMGL2107 IMG-20140628-WA0073

 

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Perak News : 28 Jun 2014

Peniaga Di Perak Diingat Tidak Kaut Keuntungan Berlebihan Semasa Ramadan

IMGL1299

Peniaga di negeri ini diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan pada bulan Ramadan dengan mengaut keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata peniaga harus bertanggungjawab dan jujur kepada pembeli.

“Biar margin keuntungan adil kepada penjual dan juga adil kepada pengguna. Jangan mengaut keuntungan berlebihan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani PraRamadan peringkat negeri di Pasar Tani Kampung Simee di Ipoh pada Sabtu.

Katanya peniaga juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti produk yang dijual.

Mohd Nizar berkata kerajaan akan sentiasa memantau dan mengawal harga barangan dan memastikan barangan keperluan mencukupi sepanjang bulan Ramadan.

“Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ialah contoh terbaik kerana memaparkan tanda harga yang cukup jelas,” katanya

 

 Perak Today : 28 Jun 2014

Peniaga perlu bertanggungjawab dan jujur dalam urusan jual-beli khususnya dalam bulan Ramadhan, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Beliau berkata, ia berikutan terdapat segelintir peniaga yang suka mengambil kesempatan dalam urusan jual-beli untuk mengaut keuntungan.

“Peniaga perlulah jujur, bertanggungjawab dan mengambil keuntungan dengan had harga yang bersesuaian apatah lagi di bulan Ramadhan.

“Tanggungjawab dan kejujuran peniaga tidak kira daripada apa jenis perniagaan biarlah ada timbang tara dan tidak menimbulkan keresahan khususnya kepada pengguna ataupun masyarakat yang mempunyai kuasa membeli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani Pra Ramadhan di Pasar Tani Kg Simee dekat Ipoh, pagi tadi.

Turut hadir sama Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA) Negeri Perak, Basri Jusmo.

Menurutnya lagi, para peniaga boleh mengambil contoh daripada pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA yang mempamerkan harga barangan dan jujur dalam urusan jual beli.

“Jangan kita melihat untuk mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan berlebihan dan contoh yang terbaik kita dapat lihat adalah melalui pasar tani yang dianjurkan oleh FAMA ini.

“FAMA secara jujur telah meletakkan tanda harga yang cukup jelas di semua lokasi pasar tani yang beroperasi di Perak,” ujarnya lagi

Tambahnya, meskipun fungsi perniagaan adalah untuk tujuan keuntungan, namun ia tidak seharusnya membebankan pengguna.

“Memang kita tahu daripada konsep perniagaan mengutamakan keuntungan, tetapi jangan mengaut keuntungan yang berlebihan dan ia mestilah adil kepada kedua-dua pihak iaitu penjual dan juga pengguna,” ujar Mohd Nizar lagi.

Ujarnya, bulan Ramadhan yang bakal menjelang adalah sebagai medan latihan terbaik untuk peniaga.

“Bagi saya, bulan Ramadhan akan memberi latihan khususnya kepada peniaga-peniaga untuk beramal bersama-sama malah bukan sahaja dalam bulan ini tetapi juga bulan-bulan seterusnya supaya kekeliruan atau persepsi mengenai harga barangan ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

“Jika peniaga memberikan harga yang cukup baik, pengguna akan berasa selesa dan mereka juga mampu menambah kapasiti dalam produk jualan kita,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas berkenaan bekalan barangan keperluan asas sepanjang tempoh bulan Ramadhan hingga menjelang Syawal nanti.

“Bahan dan barang keperluan asas bagi sepanjang tempoh bulan Ramadhan hingga Syawal nanti adalah mencukupi dan pengguna tidak perlu risau berkenaan kekurangan bahan tersebut,” beliau berkata lagi.

Katanya, mungkin akan wujud khabar angin mengenai kenaikan harga, namun kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi perkara tersebut.

“Mungkin akan wujud provokasi dan persepsi berkaitan kenaikan harga barangan tetapi kerajaan akan sentiasa memantau dan melihat perkembangan semasa khususnya dalam bulan Ramadhan ini,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Nizar telah melawat ke gerai-gerai di Pasar Tani di Kg Simee sebelum menyampaikan kurma dan bawang besar kepada pengunjung di situ sebagai gimik pelancaran bagi Majlis Pelancaran Pasar Tani Pra Ramadhan.

Beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Darussalam Ipoh.

Sebanyak 24 Pasar Tani telah diwujudkan di seluruh negeri Perak dan dianggarkan kira-kira 1,349 peniaga terlibat dalam perniagaan tersebut

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).