10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan.

 

08:00 PM – Menghadiri Taklimat Di Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

PERAK NEWS

Tuesday, 26 November 2013

yb_nizar_UMNOKerajaan Berusaha Tambah Nilai Kurikulum Sekolah Agama

Kerajaan negeri sentiasa berusaha menambah nilai kurikulum yang disediakan di sekolah agama seperti kurikulum azhariah dan Tahfiz.

Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi , Drs Nizar Zakaria berkata, kerajaan negeri juga telah menambah nilai system pendidikan di Sekolah Agama Negeri dengan menyediakan tiga aliran kurikulum iaitu aliran akademik, Azhariah dan Tahfiz.

“Ini merupakan antara usaha dan perancangan serta inisiatif kerajaan negeri bagi membangunkan sistem pendidikan Islam secara lebih holistic, terancang dan berkesan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama) di Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan kursus dan latihan kepada pengetua, guru-guru dan kakitangan sekolah agama bagi mempertingkatkan system pentadbiran sekolah dengan lebih efisien dari tahun ke tahun.

 

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).