09:00 AM – Program Gotong Royong Sekampung Dan Bersama Kolej Vokasional di Kampung Bukit Chupak
12:30 PM – Merasmikan Majlis Konvensyen Nasional Undang-Undang Syariah (KONUS) 2014 Anjuran Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Dewan Bankuet Suk, Ipoh.
02:30 PM – Menghadiri Pelancaran Program Bertani Berjimat Sempena Hari Ladang Daerah Perak Tengah di Perkarangan D’Mall (Billion) Seri Iskandar.
05:00 PM – Merasmikan Penuntup Mesyuarat Koperasi Ketua-ketua Kampung Parlimen Bukit Gantang dan Mesyuarat penaja Kobera DUN Kuala Sepetang di Dewan MPT Bukit Gantang.
08:45 PM – Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Liga Super Antara Perak Vs Pahang di Stadium Ipoh
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak News : 25 Jun 2014
Agensi Pendakwaan Syariah Diperkasakan
Penekanan yang drastik dan relevan untuk pemerkasaan agensi pendakwaan syariah haruslah dijadikan agenda penting bagi menyumbang kepada pembentukan masyarakat Islam yang sejahtera dan terpelihara.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria berkata, keseluruhan instrumen pemerkasaan itu haruslah meliputi antara lain prasarana dari aspek tenaga pelaksana dan perjawatan yang setaraf dengan arus perdana.
”Saya yakin dan percaya berkemungkinan dengan tidak sempurnanya instrumen ini menyebabkan wujudnya badan pelaksana yang ‘khilaf’ dalam mematuhi kehendak sebenar pendakwaan dari sudut syarak,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Nasional Undang-Undang Syariah (2014) di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu. Hadir sama Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.
Menurut Drs Nizar, sepanjang tempoh 2011 sehingga Disember 2013, sebanyak 20,754 kes telah didakwa di Mahkamah Syariah Negeri Perak yang membabitkan denda berjumlah RM8,053,430.00.
Justeru itu, kata beliau, ini merupakan satu tugas yang sangat berat dan penting yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan Pendakwa Syarie Negeri Perak.
Beliau difahamkan Bahagian Pendakwaan berdepan tugas sukar dalam menjalankan pendakwaan kerana terpaksa menerima asakan daripada masyarakat terutama dalam menangani kes-kes yang mereka hadapi.
Beliau berkata, keadilan akan tercapai apabila empat perkara dilaksanakan iaitu hakim yang adil, perjalanan perbicaraan yang adil, undang-undang yang adil dan penghakiman yang adil.
”Apa yang kita harapkan ialah natijah tehadap Pendakwaan Syariah dapat dilihat secara efisien, efektif, kolektif tanpa membiarkan masyarakat dipengaruhi oleh pandangan negatif dan tidak tepat mengenai syariah,” ujarnya.
Menurut Drs Nizar, sistem jenayah Islam mempromosikan kualiti yang tinggi yang tidak dapat ditandingi dari segi keadilan dan perikemanusiaan oleh mana-mana undang-undang ciptaan manusia.
Perak News : 25 Jun 2014
Maahad Tahfiz Perlu Ikut Sistem Pendidikan Arus Perdana
Kerajaan negeri meminta semua maahad tahfiz di negeri ini mengikuti sistem pendidikan arus perdana yang terkini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Datuk Mohd Nizar Zakaria, berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pelajar-pelajar maahad mempunyai pasaran yang lebih luas.
Menurut beliau, setiap maahad harus menawarkan sijil-sijil seperti Sijil Pelajaran Malaysa (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), termasuklah aktiviti ko-kurikulum yang bersifat global bagi memudahkan mereka bersaing di dalam pasaran kerjaya.
Di samping itu, kata beliau ia bukan sahaja tertumpu kepada pasaran kerjaya, malah pelajar-pelajar juga boleh melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara kelak.
“Kerajaan negeri sentiasa konsisten dalam memberi sokongan dan galakkan kepada sekolah Tahfiz untuk mereka menzahirkan potensi mereka sebaik yang mungkin.
“Kita mahu lahirkan para profesional di negara kita ini dari golongan tahfiz, selain akan memberi kekuatan kepada negara dan juga masyarakat, di samping mendapat keberkatan daripada Allah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan skim galakkan Tahfiz Al-Quran Yayasan Perak di Hotel Casuarina @ Meru pada Selasa.
Tahun ini, seramai 55 orang daripada 13 buah sekolah seluruh Perak telah mengambil bahagian di dalam ujian yang julung-julung kali diadakan itu.
Pemenang skim tahun ini ialah Uwais Qarna Nor Izam, Muhammad Hanzalah Ahmad Sukry dan Muhammad Nuzul Azhan Dzlukifli.
Pelajar yang memperolehi markah 80% keatas akan menerima RM 2,500 manakala pemenang ketiga teratas akan diberi peluang ke Mesir atau Arab Saudi untuk mempelajari bahasa Arab dan menamatkan 30 juzuk secara bersanad di sana.
Dibawah skim itu, pelajar perlu melalui ujian hafazan, termasuk melihat keberkesanan sekolah dalam membantu pelajar serta kemampuan pelajar menghafaz Al-Quran.