10:00 AM – Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 14 Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah di Dewan Besar Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah Kg Gajah.
02:45 PM – Perasmian Halal Perak 2014 dan Pelancaran Jom Solat Berjemaah Peringkat Negeri Perak di Tapak Ekspo Seri Iskandar.
06:50 PM – Menghadiri Malam Cinta Rasul “TLDM Berselawat” di Stadium Pangkalan TLDM Lumut.
09:00 PM – Menghadiri Mesyuarat UMNO Bahagian Parit di Pejabat UMNO Bahagian Parit.
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak Today
25 April 2014
Lebih 50 Agensi, Usahawan Tempatan Sertai Ekspo Halal Perak
Berakhir Ahad ini, majlis perasmian ekspo tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria di Sri Iskandar, hari ini.
Ujarnya, ekspo halal Perak 2014 kali ini berjaya menghimpunkan lebih 50 jabatan dan agensi termasuklah usahawan tempatan bagi mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan.
“Melalui ekspo sebegini, kita dapat mengetengahkan piawaian produk halal kepada pengguna yang meliputi produk makanan dan pasaran di peringkat global,” katanya.
Beliau turut mensasarkan RM200,000 nilai jualan dapat dijana menerusi penglibatan lebih 50 gerai yang mengambil bahagian dalam program tersebut, jelasnya lagi. Mohd Nizar menjelaskan medium sebegini telah dipraktikkn oleh kerajaan bersama-sama dengan usahawan tempatan bagi mengetengahkan produk halal kepada masyarakat umum.
Perak News
25 April 2014
Karnival Halal Perak Bantu Peniaga Dapat Sijil Halal
Karnival Halal Perak 2014 yang pertama kali diadakan di Tapak Ekspo Seri Iskandar merupakan platform terbaik untuk menggalakkan peniaga-peniaga di negeri ini mendapatkan sijil halal bagi produk keluaran mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, karnival tersebut juga merupakan platform untuk orang ramai mendapatkan pelbagai informasi dan produk halal di negara ini.
”Selain mempromosikan produk halal, karnival ini juga mendidik orang ramai mengenai kepentingan halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal Perak 2014 dan Kempen Jom Solat Peringkat Negeri di Tapak Ekspo Seri Iskandar hari ini.
Katanya, karnival ini yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka ruang dan peluang kepada 40 peniaga dan usahawan tempatan untuk mempromosikan produk halal mereka.