09:00 AMMerasmikan  Program Kenduri Khatan Perdana URMC 2013 di Perkarangan Pusat Perubatan UniKL.

IMG-20131123-WA0008 IMG-20131123-WA0021 IMG-20131123-WA0016 IMG-20131123-WA0019 IMG-20131123-WA0010 IMG-20131123-WA0018 1 IMG-20131123-WA0009 IMG-20131123-WA0013

 

08:00 PM Menghadiri Mesyuarat di Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

 

PERAK TODAY :

Sat, Nov 23rd, 2013  

 

IMG-20131123-WA0009

68 Kanak-kanak Diraikan Dalam Majlis Berkhatan

Seramai 68 kanak-kanak dari sekitar Ipoh menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Pusat Perubatan UniKL RCMP yang berlangsung di perkarangan pusat tersebut, pagi tadi.

Terdahulu, majlis yang masuk tahun kedua penganjurannya diserikan dengan kehadiran Exco Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria dan penceramah agama terkenal, Ustaz Kazim Elias.

Program itu juga dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pendidikan Al Barakah dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Menurut jurucakap majlis, setiap kanak-kanak yang menyertai program itu hanya dikenakan bayaran promosi serendah RM99 sahaja.

Sementara itu, Mohd Nizar dalam ucapan perasmiannya, berkata program berkhatan beramai-ramai itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah yang sedia terjalin di kalangan masyarakat.

“Melalui program ini juga, masyarakat menunjukkan petanda positif mengenai kewujudan Pusat Perubatan UniKL RCMP dan diharap ia dapat dijadikan sebagai acara tahunan,” katanya lagi.

Perak News

Thursday, 21 November 2013

IMG_2840

JAIP Lantik Panel Kaji Keberkesanan KAFA

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sedang mengkaji tentang keberkesanan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA)  dalam membentuk dan memahirkan murid dalam bidang fardhu ain dan pembacaan Al-Quran.

Pengarahnya, Dato’ Mohd Yusop Husin berkata, JAIP telah melantik sekumpulan panel pengkaji  untuk melihat keberkesanan KAFA sejak ia diwujudkan lebih 20 tahun lalu di negeri ini.

Katanya, kajian ini termasuk mencari kelemahan-kelemahan pelbagai segi silibus, gurunya dan fizikal sebelum langkah berkesan diambil untuk mempertingkatkan sistem pembelajaran KAFA.

“Kajian ini perlu dijalankan kerana bagi saya KAFA ini amat penting dalam mendidik anak kita mengenali dan memahirkan mereka daalam bidang fardhu ain dan al-quran,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Graduasi Kursus Intensif Bahasa Arab Guru KAFA (KIBAK 1) Sesi 2012 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).