10:00 AM – Berada di Pejabat SUK, Ipoh.
10:30 AM – Beramah Mesra dan Menerima Kunjungan Hormat Dari Pengarah Tabung Haji Perak di Pejabat SUK,Ipoh.
11:00 AM – Beramah Mesra Bersama Kakitangan Pejabat UMNO ADUN Blanja di Pejabat SUK,Ipoh.
02:30 PM – Mengadakan Lawatan Ke Sidratul Corporation dan Meninjau Penghasilan Produk Halalan Toiyibah Bersama SKM di Kilometer 3 Jalan Kuala Kangsar – Grik
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak News
23 January 2014
Kerjasama Sidratul Bantu Bangunkan Usahawan Perak
Kerajaan negeri Perak sedia bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan, Sidratul Corporation Sdn Bhd (Sidratul) untuk membangunkan produk usahawan dan koperasi yang berpotensi sehingga mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, kepakaran syarikat itu yang berlandaskan Islamic Manufacturing Practice (IMP), boleh digunakan sebagai platform untuk menambahbaik produk usahawan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan usahawan dan koperasi di negeri ini supaya menjalin hubungan baik dengan Sidratul untuk membantu mereka membuat kajian dan pembangunan (R&D) terhadap produk keluaran mereka.
Di samping itu, katanya, dengan pengalaman lebih 10 tahun, Sidratul juga boleh membantu memberi khidmat nasihat mengenai produk-produk yang ingin dikeluarkan.
“Kita mempunyai ramai usahawan di samping banyak koperasi tetapi mereka tidak mendapat input mengenai maklumat-maklumat seperti IMP dan yang berkaitan dengan pengeluaran produk halal.