11:00 AM – Taklimat dan Mesyuarat Jawatankuasa Portfolio Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MJP) Negeri Perak Bil.2/2013 di Aras 11 Perak Techno Trade Centre (PTTC).
02:30 PM – Merasmikan Kedai Tukar Coop Mart Koperasi Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak Berhad di Perkarangan Pejabat Koperasi Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak Berhad.
ARTIKEL/PORTAL/KERATAN AKHBAR
PERAK NEWS
Peniaga Kecil Dinasihatkan Mendaftar Dengan SSM
Penjaja dan peniaga kecil dinasihatkan supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secepat mungkin bagi memudahkan lagi proses pengagihan bantuan dan perkhidmatan kerajaan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria, ketika ini hanya 8,985 penjaja dan peniaga kecil sahaja yang telah berdaftar dengan SSM.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat, ramai lagi peniaga kecil dan penjaja di negeri ini masih belum berdaftar dengan SSM, termasuk peniaga di pasar malam dan pasar tani.
“Pendaftaran ini bertujuan untuk memudahkan lagi proses pengagihan bantuan dan juga perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Perak, hari ini.
Selain itu, kata Drs Nizar, dengan berdaftar di bawah SSM, peniaga-peniaga tersebut akan mendapat manfaat daripada Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN).
“Eloklah peniaga-peniaga ini berdaftar di bawah SSM dan masuk ke dalam persatuan-persatuan peniaga yang sedia ada, ini kerana untuk Bajet 2014, Perdana Menteri telah pun meluluskan P1MPIN sebanyak RM 16 Juta.
130 Orang Asli Dikhatankan Beramai-Ramai
Seramai 130 masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada lingkungan umur 10 tahun sehingga 46 tahun dikhatankan secara beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Pos Legap, Sungai Siput.
Program anjuran Pusat Khidmat DUN Lintang dengan kerjasama Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak itu merupakan program dwi tahunan yang dianjurkan bagi masyarakat Orang Asli.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria, program itu adalah sangat unik kerana bukan mereka yang beragama Islam sahaja mengambil bahagian, malah yang bukan Islam turut dikhatankan.
“Ini merupakan program cukup baik dan unik yang dianjurkan oleh Pusat khidmat DUN Lintang dan Kor kesihatan ATM bersama JAKOA negeri Perak.
“Seramai 130 orang masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada suku kaum Temiar dari pelbagai peringkat umur telah mengambil bahagian untuk dikhatankan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program itu pada Sabtu.
Drs Nizar berkata, jika ada keperluan, pihak kerajaan negeri akan menyelaraskan program seumpama itu ke seluruh perkampungan Orang Asli yang terdapat di Perak.