10:00 AM – Ramah Mesra Dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.
03:00 PM – Ramah Mesra di Pondok Lambung Kg. Teluk Kepayang
07:15 PM – Menghadiri majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg. Teluk Bakong, Lambor Kanan.
11:00 PM – Ramah Mesra dan Sembang Santai di Kampung Parit 6.
11:55 PM – Ramah Mesra dan Sembang Santai Serta Bermain Dat di Bilik KRT Bandar Universiti.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Ibu Tunggal Hidup Bersendirian
Sekadar berlaukkan ikan bilis dengan nasi putih sebagai juadah berbuka puasa yang sebahagiannya disimpan untuk bersahur, itulah rutin harian seorang ibu tunggal yang kini meniti kehidupan bersendirian di bulan Ramadan ini.
Harison Sabdin, 65 masih mengimbau kenangan sewaktu dia bangun sebelum subuh dan memasak makanan kegemaran untuk setiap ahli keluarganya pada bulan Ramadan satu ketika dahulu.
“Makcik akan bangunkan anak-anak, ya Allah liatnya mereka nak bangun dulu nak puasa biasalah budak-budak.Tapi sekarang siapa lagi makcik nak masakkan hidangan sahur sebab semua dah bawa diri, besar panjang dan kerja jauh-jauh.
“Tak mengapalah, biarlah mereka hidup berdikari. Bohonglah kalau makcik cakap tak rindu tapi nak buat macam mana kan?” katanya tersenyum hambar ketika ditemui di kediamannya di Kg Tengah, Beruas pada petang Sabtu.
Jelasnya, sejak kematian suaminya lapan tahun lepas, dia kini hanya tinggal sebatang kara dan sesekali akan ditemani oleh anak lelakinya yang sering menghilang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap.
Harapannya, Aidilfitri kali ini akan diserikan dengan kehadiran anak-anaknya agar ianya tidaklah sesunyi Ramadan yang harus ditempuhinya sendiri.
Ketika tiba di teratak kecilnya, Hazimah Mat Atas, 83, baru sahaja mengenakan tudung dan mengesot ke ruang tamu untuk menerima kunjungan tetamu dengan senyuman manisnya.
Dia yang dahulunya bekerja sepenuh masa di ladang getah kini pasrah dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan hanya berharap agar dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh istiaqamah dan kesabaran.
Ibu tunggal kepada lima anak itu sempat menjelaskan bahawa dahulu dia pernah menolak bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Baitulmal negeri kerana berpendapat bahawa masih ada insan yang lebih memerlukannya.
“Dulu tanah makcik masih ada dan anak-anak pun ada yang membantu tapi sekarang beban nak beli barang tu tambahlah sedikit; makcik pun dah tak boleh kerja jadi bantuan yang diberikan itu amatlah makcik hargai,” katanya kepada PerakNews.
Hazimah masih mampu berjenaka dan mengusik tetamu yang berkunjung ke rumah kecilnya di Kg Dusun Hilir, Parit sempena Program Ziarah Ramadan 24 Parlimen bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pergerakan Wanita UMNO Perak dan Baitulmal Perak.
Turut hadir melawat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rusnah Kasim serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria merangkap ADUN Belanja.