02:00 PM – Lawatan Kerja Dan Ramah Mesra Bersama Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad di Lot 04217 Coop Bisnes Centre Lebuh Paduka, Felcra Bandar Seberang Perak, Kampong Gajah.
08:15 PM – Menghadiri Perasmian Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke 33 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak News
Monday, 21 October 2013 21:16
Koperasi Tidak Aktif Diminta Tampil
Hanya 56 buah koperasi atau lapan peratus daripada 1,123 koperasi di negeri Perak tidak aktif, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar.
Sehubungan itu, beliau menyeru 56 buah koperasi itu supaya tampil ke hadapan untuk membincangkan permasalahan yang mereka hadapi.
“Saya berharap koperasi yang tidak aktif ini datang berjumpa dengan pegawai-pegawai pihak kami untuk menerangkan permasalahan yang mereka hadapi” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak di Kg Gajah petang tadi.