10:00 AMMenghadiri Mesyuarat EXCO.

 

12:30 PMMenghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Banjir di Foyer, Bangunan Perak Darul Ridzuan

IMG_5706 IMG_5705 IMG_5704 IMG_5703 IMG_5702 IMG_5701 IMG_5699 IMG_5698 IMG_5697 IMG_5696 IMG_5695 IMG_5693 IMG_5692 IMG_5691 IMG_5690 IMG_5728 IMG_5727 IMG_5725 IMG_5724 IMG_5723 IMG_5719 IMG_5718 IMG_5717 IMG_5716 IMG_5715 IMG_5714 IMG_5712 IMG_5711 IMG_5709 IMG_5707 IMG_5689 IMG_5688 IMG_5687 IMG_5686 IMG_5685 IMG_5684

Artikel/Portal/Keratan Akhbar

Sinar Harian Online

Kekeliruan Punca Isu Timbul

image

SERI ISKANDAR – Kekeliruan daripada segi pemahaman pengurusan dikenal pasti punca timbulnya isu mangsa banjir tidak mendapat bantuan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, terdapat mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan dan ada mengambil keputusan tidak berbuat demikian serta memilih untuk menumpang rumah saudara-mara.

“Ini menyebabkan timbulnya isu bantuan banjir tidak sampai dan sebagainya. Perkara itu berlaku disebabkan masalah-masalah tertentu, namun ia dapat diselesaikan dengan baik hasil kerjasama semua pihak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah kepada murid dan pelajar mangsa banjir daerah Perak Tengah, di sini.

Pakaian berkenaan disumbangkan oleh Yayasan Sultan Azlan Shah, seperti dititahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum ini.

Mohd Nizar yang juga Adun Belanja berkata, apabila berlaku musibah banjir, mangsa-mangsa terlibat disarankan supaya berpindah ke pusat pemindahan.

Menurutnya, keadaan itu boleh mengelak timbulnya salah faham dalam agihan bantuan.

“Apabila mangsa banjir berada di pusat pemindahan, kita boleh membantu dalam pelbagai perkara bagi memastikan segala keperluan mereka mencukupi.

“Kita juga tidak mahu timbul sebarang persepsi negatif seperti yang berlaku sebelum ini. Bukan itu sahaja, jika di pusat pemindahan, keselamatan mangsa lebih terjamin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjadikan musibah banjir kali ini sebagai iktibar bagi menjadikan prosedur penyusunan pengurusan banjir yang lebih baik.

“Banjir baru-baru ini terjadi agak mengejut kerana melibatkan ramai mangsa dan di lokasi yang tidak dijangka, kita harap akan lebih bersedia sekiranya musibah sama berulang,” katanya.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).