10:00 AM – Merasmikan Program “ Jom Rasa” di Angsana Ipoh Mall.
12.00 PM – Menghadiri Sesi Wacana Intelek di Dewan Kediaman Menteri Besar Perak.
02:30 PM – Menghadiri Mesyuarat Focus Group Daerah Bil 04/2014 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah.
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak News
21 April 2014
Sasar Pendapatan Minima Usahawan RM3,000 Sebulan
Kerajaan negeri Perak mensasarkan usahawan di negeri ini memperolehi pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan melaksanakan pelbagai program untuk membantu mencapai sasaran tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Drs Mohd. Nizar Zakaria berkata, antara program yang dilaksanakan termasuklah mengadakan promosi di pusat-pusat membeli belah utama.
Dalam masa sama, beliau mahu usahawan sendiri berani menghadapi cabaran masa kini dengan mempromosikan produk keluaran mereka melalui media baharu di samping membina jaringan sendiri.
“Bidang perniagaan memerlukan perancangan dan persiapan rapi, ia tidak boleh dibuat sambil lewa, lebih-lebih lagi di zaman sekarang ia memerlukan inovasi untuk pergi lebih jauh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Rasa di Angsana Mall Ipoh pada Isnin.
Perak Today
21 April 2014
Program ‘Jom Rasa’ Promosi Pelbagai Produk Tempatan
Program ‘Jom Rasa’ yang berlangsung di Angsana Mall, dekat Ipoh berjaya mengumpulkan 18 usahawan terpilih bagi mempromosikan pelbagai produk tempatan yang berasaskan makanan.
Menurut Pengerusi Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohd Nizar Zakaria, penganjuran yang berlangsung sejak tahun 2008 itu antara medium terbaik untuk mengembangkan sayap terutama sekali bagi sektor perniagaan tempatan.
“Usahawan di Perak amnya telah berjaya untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih jauh ke hadapan baik daripada segi produk yang diketengahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Jom Rasa’ yang berlangsung selama sembilan hari bermula dari 19 April hingga 27 April ini.
Tambah beliau lagi, program itu juga memberi peluang kepada golongan usahawan untuk mempamerkan dan mempromosikan produk serta mendapatkan bimbangan nasihat daripada jabatan dan agensi yang terlibat.
.
Perak Today
21 April 2014
MH370: Siasatan Terhadap Raja Bomoh Masih Berjalan
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria menegaskan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) sedang menjalankan siasatan terhadap Raja Bomoh yang melakukan ritual bertentangan syariat Islam di Menara Condong Teluk Intan bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
“Siasatan terhadap perbuatan Raja Bomoh tersebut masih lagi berjalan.
“Saya mohon semua pihak bersabar dan menunggu hasil siasatan yang dibuat oleh JAIPk,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh, hari ini.
Mengulas mengenai kegiatan ritual yang dilakukan Raja Bomoh berkenaan di lokasi kemalangan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh baru-baru ini, Mohd Nizar berkata, pihaknya belum lagi mendapat kesahihan berhubung kejadian itu.
“Saya akan berjumpa dengan JAIPk untuk mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai perbuatan terbaru Raja Bomoh itu,” tegasnya lagi.
Pada 4 April lalu, beliau mengumumkan Jaipk membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh kerana melakukan ritual yang bertentangan dengan syariat Islam.