09:00 AM – Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-Guru KAFA Negeri Perak Di Dewan Saidina Abu Bakar Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)
10:30 AM – Menghadiri Majlis Tadarus Al-Quran Pandu Puteri Perak Di Wisma Pandu Puteri, Jalan Wan Mohammed Salleh, Ipoh Perak.
11:00 AM – Merasmikan Karnival Belia Prihatin Di Station Minyak Petronas Seri Iskandar, Bota .Perak.
07:00 PM – Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Di Kampung Tanjung Dedalu. Parit
08:30 PM – Menghadiri Ramah Mesra dan Solat Tarawikh Di Masjid Kampung Raja .Parit
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak Today
Sat, Jul 20th, 2013
Kerajaan Sedia Timbang Kenaikan Elaun Guru KAFA
Kerajaan Perak sedia menimbang cadangan menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) daripada RM288 kepada RM1,000 sebulan, demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria.
Katanya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sentiasa mengambil berat mengenai isu yang berkaitan institusi pendidikan Islam termasuklah sekolah agama rakyat itu sendiri.
“Ketika ini, guru KAFA menerima elaun bulanan sebanyak RM288 dan kita bersedia menimbang cadangan menaikkan elaun ini kepada RM1,000,” katanya.