08:30 AM – Menghadiri Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Bil 04/2013 Kali Ke – 185 di Dewan Persidangan Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan , Ipoh.
09:30 AM – Menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Dan Tanaman Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak di Auditorium Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan.
04:00 PM – Menghadiri Program Destinasi Anak Bangsa Anjuran UiTM di Dewan Serbaguna Layang Kanan.
08:00 PM – Menghadiri Kongres bersama PAFA di Hotel Casuarina@Meru.
Artikel/Portal/Keratan Akhbar
PERAK NEWS
Masyarakat Islam Orang Asli Bebas Dari Ajaran Sesat
Lebih 500,000 masyarakat Islam Orang Asli daripada 3,066 buah perkampungan masyarakat itu di negeri Perak bebas dari sebarang pengaruh ajaran sesat termasuk fahaman Syiah.
Ketua Penyelaras Dakwah Orang Asli Negeri Perak, Dr Azizan Ismail berkata, ini berikutan langkah penerangan yang sentiasa dijalankan oleh pendakwah-pendakwah kepada masyarakat itu dalam mempertingkatkan syiar Islam di kalangan mereka.
“Langkah proaktif yang kita ambil ambil termasuklah mengadakan penerangan tentang kefahaman ajaran Islam dan keburukan ajaran sesat termasuk Syiah yang merosakkan aqidah,’’ katanya pada majlis penyerahan sagu hati kepada 20 penghulu Islam Orang Asli di Surau Kampung Kerawat, Simpang Pulai semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Drs. Mohd Nizar Zakaria telah merasmikan majlis itu.
Menurut Dr Azizan, daripada tinjauan, kursus serta program penerangan yang dijalankan, didapati mereka masih berfahaman bersih tentang ajaran Islam yang sebenarnya dan menolak sebarang bentuk ajaran sesat.”Kita juga dapati 60 peratus mereka ini faham apa itu ajaran Syiah dan setakat ini mereka turut menolak fahaman itu,” katanya.
Artikel/Portal/Keratan Akhbar
PERAK NEWS
Kemudahan Pacuan Empat Roda Untuk Bawa Jenazah Orang Asli
Kerajaan negeri bercadang menyediakan kemudahan pacuan empat roda untuk membawa jenazah masyarakat Orang Asli yang beragama Islam bagi urusan pengkebumian.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Nizar Zakaria berkata, satu perbincangan dengan pegawai di peringkat Jabatan Agama Islam Negeri berhubung perkara akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Katanya, penyediaan kenderaan tersebut amat penting bagi mengatasi kekangan yang dihadapi masyarakat itu khususnya dalam urusan pengkebumian jenazah terutamanya yang melibatkan kawasan pedalaman.
“Kita akan berbincang untuk mencari kaedah terbaik dalam menyediakan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan proses pengkebumian jenazah masyarakat orang asli yang beragama Islam tanpa sebarang kekangan.
“Saya sedang meneliti dan kita akan cuba membantu dalam menyediakan pacuan empat roda bagi pengurusan jenazah dan insyaalah dalam masa terdekat ini saya akan berusaha menempatkan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan proses pengkebumian jenazah,’’ katanya.
Artikel/Portal/Keratan Akhbar
PERAK NEWS
Perak Negeri Keempat Terbanyak PKS Berdaftar
Negeri Perak menduduki tempat keempat dalam senarai jumlah pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang berdaftar di seluruh Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, ini sekaligus membuktikan produk keluaran negeri ini juga mempunyai potensi cerah untuk pasaran yang lebih meluas.
Menurut beliau ,Perak mewakili 9.3 peratus dari keseluruhan PKS berdaftar di seluruh negara dengan jumlah seramai 60,028 orang.
“Statistik ini menunjukkan masyarakat negeri ini mempunyai minat mendalam terhadap bidang perniagaan apabila mencapai kedudukan di tangga keempat tertinggi selepas Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor.
“Pencapaian ini sesuatu yang membanggakan kerana pembabitan mereka dalam industri sebegini mampu meningkatkan nilai tambah terhadap sesuatu produk yang dihasilkan selain merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel pembungkusan dan penjenamaan serta seminar pensijilan halal di Seri Iskandar.
Turut hadir, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Mohd Roslan Mat Lodin dan Pengarah Small Medium Enterprise (SME) Corporation Negeri, Mohamad Rozlan Mohamad Razali.
Robertatown
Global reach with a touch of personal care.
how to get lisinopril without a prescription
Been relying on them for years, and they never disappoint.