09:00 AM – Menghadiri Perjumpaan YAB Menteri Besar Perak Bersama Ahli-Ahli Exco dan Adun Baru di Kediaman YAB Menteri Besar Perak.

 

12:00 PM – Menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri  di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Seri Iskandar.

 

03:00 PM – Menghadiri Mesyuarat di Bangunan SUK, Ipoh.

 

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

 

Sinar Harian

Pilihan tetap ada: Mohd Nizar

ustaz 2IPOH – Orang ramai masih mempunyai pilihan lain dalam menentukan lokasi solat yang bersesuaian berbanding di hadapan tandas.Exco Kerajaan Negeri, Mohd Nizar Zakaria berkata, dalam hal ini, pengguna boleh membuat penilaian sendiri dan menentukan lokasi solat yang lebih baik.

“Pilihan tetap ada dan mereka kena pandai menilai jika bersolat di situ (tandas) berbanding berjalan jauh sedikit untuk ke lokasi lebih baik,” katanya ketika mengulas kewajaran beberapa pengunjung dan peniaga menunaikan solat dalam keadaan menghadap tandas di sebuah tapak perniagaan di Kuala Kangsar.

Mengulas lanjut, Mohd Nizar berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan dengan menyelenggara semula kemudahan surau awam yang disediakan di kawasan terbabit selain membenarkan umat Islam menunaikan kewajipan dalam keadaan lebih baik.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).