09:45 AM – Menghadiri Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Dan Penganugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
03:30 PM – Menghadiri Beberapa Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Parit.
05:00 PM – Merasmikan Pembukaan Restoran D’Lengkuas di SIDEC Seri Iskandar.
09:00 PM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra Dan Bermain Badminton di Dewan Serbaguna Teluk Kepayang.
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak News
19 April 2014
Mohd Zahidi Ketuai 803 Penerima Darjah Kebesaran
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. (B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zahidi Zainuddin mengetuai senarai 803 penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri sempena Ulang Tahun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Yang Ke-86 hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Abdul Puhat Mat Nayan berkata, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zahidi yang juga Pengerusi Affin Holdings Bhd., dan bekas Panglima Angkatan Tentera Darat menerima kurniaan Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (S.P.S.A.) membawa gelaran Dato’ Seri DiRaja.
Katanya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa pula menerima kurniaan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) yang membawa gelaran Dato’ Seri.
Bercakap dalam satu sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini, Abdul Puhat berkata, beliau mengetuai empat penerima Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato’ Seri.
Tiga penerima lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Abdul Hamid Embong, Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja, Dato’ Abd Rahman Haji Zainuddin dan OKK Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Mohd Othman Zainal Azim.
Katanya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar pula menerima anugerah Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S) yang membawa gelaran Dato’ Seri Panglima.
Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak turut menerima anugerah yang membawa gelaran Dato’.
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs. Mohd Nizar Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Nolee Ashilin Dato’ Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dr. Haji Muhammad Amin Zakaria.