09:15 AM – Merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Pelancaran My-SMS Jabatan Kehakiman Syariah Perak di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Ipoh.
02:00 PM – Lawatan dan Ramah Mesra ke Koperasi Tok Sohod Manjoi Kinta Bhd. Bersama SKM Perak di Manjoi.
04:00 PM – Lawatan dan Ramah Mesra Bersama SME CORP Ke Kedai Iyanis Green Beauty Di Meru Raya.
05:00 PM – Lawatan dan Ramah Mesra Usahawan YBUDR Di Meru Damai Dan Taman.
Artikel / Keratan Akhbar / Portal
Perak Today : Mar 18th, 2014
MySMS 15888 Salur Maklumat Telus Kepada Pengguna
Perkhidmatan aplikasi MySMS 15888 yang diperkenalkan Jabatan Mahkamah Syariah Perak dilihat sebagai pendekatan baru dalam melonjakkan prestasi serta mutu kerja dan penyampaian maklumat kepada orang awam di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata ia sekaligus menjadi satu lonjakan tranformasi teknologi yang diaplikasikan untuk memberi maklumat khusus kepada orang awam.
“Melalui kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebut, segala maklumat berkaitan dengan bidang kuasa syariah termasuklah panggilan sesi penghakiman akan lebih mudah didapati pada masa hadapan,” jelasnya.
Kaedah yang mesra pelanggan itu juga katanya, dilihat mampu memberi perubahan kepada institusi kehakiman syariah di Perak supaya bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
“Semua pihak boleh mendapatkan maklumat dan ilmu berkaitan sistem atau prosedur kehakiman yang perlu diikuti,” tambah Mohd Nizar lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan pelancaran perkhidmatan MYSMS di Ipoh, hari ini.
Video
http://www.youtube.com/watch?v=S6b-qsXzUWo
PERAK NEWS :
Tuesday, 18 March 2014 15:17
Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSP) melancarkan perkhidmatan MySms untuk mempelbagaikan saluran penyampaian maklumat jabatan itu kepada rakyat di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs. Mohd Nizar Zakaria berkata, perkhidmatan itu akan menyediakan maklumat mengenai mahkamah syariah dengan lebih cepat dan ringkas.
Menurut beliau, jika sebelum ini orang awam perlu datang sendiri untuk mendapatkan maklumat, tetapi dengan adanya perkhidmatan MySms segala maklumat akan diperolehi melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Perkhidmatan MySms itu menyediakan perkhidmatan lain seperti M-Direktori, E-Pliding, MyProsiding, E-Status, E-Jadual, MyRespon dan MyNotis.Nizar berkata, pengguna perlu berdaftar dengan Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatan ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan.
“Ini merupakan salah satu lonjakkan transformasi teknologi yang dapat dimaanfaatkan oleh ramai, jadi saya menyeru orang awam untuk tidak mempersiakan perkhidmatan ini,” katanya selepas merasmikan MySms di Dewan Bankuet, JKSP, hari ini.
Dalam majlis yang sama, Nizar juga turut merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 bagi jabatan tersebut.