09:00 AM – Menghadiri Perasmian Bengkel Penyediaan Cadangan Program/ Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) 2016-2020 di Grand Valley Ballroom, Aras 2, Kinta Riverfront Hotel & Suites.
10:30 AM – Bengkel Penyediaan Cadangan Program/ Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) 2016-2020 di Grand Valley Ballroom, Aras 2, Kinta Riverfront Hotel & Suites.
04:15 PM – Ramah Mesra Dan Menyampaikan Sumbangan di Sekolah Kebangsaan Kampung Tepus.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
RMK Ke – 11: Kerajaan Negeri Fokus Aspek Pembangunan
IPOH: Kerajaan negeri memberi penekanan dan fokus utama kepada aspek pembangunan negeri yang disasarkan kali ini melebihi 30 peratus berpandukan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK Ke-11 2016-2020).
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir penganjuran Bengkel Penyediaan Cadangan Projek Pembangunan RMK 11 hari ini adalah bagi mengadakan satu bentuk perbincangan berasaskan kepada perbentangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi peruntukan negeri.
“Perbincangan juga mengenai peruntukan negeri Perak untuk bajet negeri setiap tahun yang akan dibentangkan kelak,” katanya.
Tambahnya lagi, perbincangan mengenai RMK ke-11 juga dijangka turut dibahasakan dalam sidang dewan akan datang pada bulan Ogos depan dan diharapkan perbahasan tersebut berpandukan rancangan tersebut untuk dilaksanakan pada peringkat negeri.
“Jika dilihat daripada segi peruntukan keseluruhannya kerajaan negeri mengharapkan aspek pembangunan akan diteruskan pada kadar lebih daripada 30 peratus.
“Negeri Perak antara negeri yang paling tinggi peruntukan untuk bajet pembangunan negeri berbanding negeri lain,” katanya.
Tambahnya lagi, tahun sudah berada pada 34 peratus dan memberikan satu gambaran peratusan yang tinggi bagi merangka dan melaksanakan program pembangunan di seluruh negeri.
Perbincangan tertutup kali ini melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang merangkumi daripada segi perancangan di setiap sektor dan kementerian terbabit.
“Sekiranya ada perkara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan persekutuan akan dikemukan kepadanya.
“Kerajaan negeri amat serius membincangkan dan mengemukakan cadangan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai beberapa status projek yang melibatkan pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang dijangka akan dibincangkan bersama dengan pihak tertinggi NCIA esok.
“Kita akan meneliti laporan tersebut kerana pihak saya masih belum memperolehi secara keseluruhannya dan apa yang dilaporkan adalah berkaitan dengan NCIA,” katanya.
Jelasnya lagi, Projek koridor Utara melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan ianya diagihkan termasuk juga projek telah dimaklumkan.
“Kita mengharapkan pihak NCIA boleh menjelaskan mengenai perkara tersebut,” katanya.
Tambahnya lagi, laporan perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan pandangan mengenainya.
“Saya perlu penjelasan menyeluruh daripada NCIA mengenai projek berkenaannya,” katanya ringkas.