20/03/2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi pemahaman kepada jemaah haji bahawa ibadah itu perlu dilakukan dengan kaedah istitha’ah atau kemampuan.

“Sebagaimana kita tahu, kemampuan atau istitha’ah adalah sebahagian syarat untuk kita melakukan haji. Salah satu makna kemampuan ialah dia berupaya dari segi kewangan untuk pergi haji.

Dalam soalannya, Mohd Nizar ingin tahu perancangan masa hadapan kerajaan untuk merombak atau mengkaji semula subsidi diberikan kepada jemaah haji.

Menurut Mujahid, konsep istitha’ah itu juga akan membantu mengurangkan beban kos subsidi yang ditanggung Tabung Haji sebanyak RM400 juta.

“Kita akan memahamkan kepada jemaah di masa hadapan bahawa ibadah haji perlu dilakukan dengan memakai kaedah kemampuan dan sekaligus mengurangkan bebanan kos yang kita tanggung hampir RM400 juta.

“Jemaah haji selama ini bayar RM9,980, bayaran itu tetap, tak naik dan turun. Tapi kita ini yang sentiasa tanggung setiap tahun dan semakin bertambah kita punya tanggungan.

“Lepas ini kita akan perkenalkan konsep istitha’ah bagi kita mengurangkan beban bantuan daripada pihak TH,” katanya.