09:00 AMMenghadiri Program Nikah Jamaie Syarie Peringkat Negeri Perak Tahun 2014 di Masjid Sultan Idris Shah 11 (Masjid Negeri).

_D6G5670 IMGL0570 IMGL0564 IMGL0563 IMGL0558 IMGL0531 IMGL0525 IMGL0516 IMGL0509 IMGL0438 IMGL0384 IMGL0358 IMGL0353 IMGL0310 IMGL0258 IMGL0239 IMGL0233 IMGL0232 IMGL0230 IMGL0227 IMGL0222 IMGL0220 IMGL0213 IMGL0195 IMGL0190 IMGL0182 IMGL0177 IMGL0173 IMGL0160 IMGL0155

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Perak Today :   16 September 2014

38 Pasangan Pengantin Sertai Majlis Nikah Jamaie Anjuran JAIPk

PERAK-TODAY64Seramai 38 pasangan pengantin termasuk Orang Asli dan mualaf selamat melangsungkan perkahwinan sempena program Nikah Jamaie Syarie peringkat Negeri Perak 2014 yang berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II dekat Ipoh, hari ini.Program tersebut yang bermula seawal jam 8 pagi dibahagikan kepada beberapa sesi bermula dengan taklimat kepada peserta, sesi khutbah nikah, sesi Ijab Qabul, sesi solat sunat nikah dan sesi penyerahan mas kahwin, sesi penyerahan tanggungjawab, majlis perarakan pengantin, majlis makan beradab dan sesi fotografi.Majoriti pasangan pengantin merupakan penduduk tempatan yang berusia lingkungan 19 hingga 44 tahun.Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk),Datuk Yusop Husin, program yang dijalankan itu mampu membantu pasangan yang kurang berkemampuan untuk melangsungkan perkahwinan.“Program yang kita laksanakan ini dapat membantu pasangan yang menghadapi masalah kewangan seperti mempunyai duit mas kahwin tetapi tidak mempunyai wang bagi membuat kenduri untuk melangsungkan perkahwinan.“Hari ini, sekurang-kurangnya RM10,000 hingga ke RM20,000 diperlukan untuk melangsungkaan sebuah majlis perkahwinan yang lengkap.“Dengan adanya program seperti ini, ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pasangan dan ahli keluarga mereka,” katanya selepas menikahkan salah satu pasangan terbabit.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.Mohd Yusop berkata, program yang diadakan untuk kali kedua itu akan menjadi acara tahunan bagi mengimarahkan masjid selain daripada menggalakkan generasi muda untuk mendirikan rumah tangga.

“Sambutan terhadap program ini menggalakkan berikutan jumlah peserta yang terlibat telah meningkat berbanding hanya 10 pasangan pada Disember, tahun lalu.

“Program ini akan dijadikan sebagai program tahunan dan diperluaskan ke seluruh negeri Perak,” ujarnya.

Sementara itu, program tersebut turut mendapat reaksi positif daripada peserta yang menyertainya.

Jurutera yang juga merupakan seorang mualaf, Mohd Nur Raimi Chai Abdullah, 44, berkata beliau bersyukur kerana program itu berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah semuanya telah selamat serta berjalan lancar dan saya rasa bersyukur sangat kerana telah bernikah dengan pasangan yang saya kenali sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Menurut pasangannya, Norfarhana Mohammad Yusoff, 25, meskipun banyak halangan yang diterima, namun beliau melahirkan rasa lega kerana mereka sudah sah bergelar suami isteri.

“Pada awal-awal dahulu ada tentangan dan juga kesukaran kerana suami adalah seorang mualaf.

“Namun, akhirnya, perhubungan ini mendapat restu daripada kedua-dua pihak dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” tambahnya.

Bagi Amran Mohamed Ismail, 26, beliau melahirkan rasa gembira kerana hasratnya untuk menikahi pasangannya, Salamiah Tarmizi, 26, telah direalisasikan melalui program tersebut.

“Memang kami dah merancang untuk melangsungkan perkahwinan, namun tarikhnya lambat lagi.

“Dengan adanya program ini, kami mampu mempercepatkan tarikhnya dan sekaligus memberikan kemudahan kepada ahli keluarga untuk terus berkumpul di sini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak JAIPk kerana merealisasikan impiannya untuk bergelar seorang suami.

Perak News :   16 September 2014

38 Pasangan Sempurnakan Pernikahan Dalam Majlis Nikah Jamaie Syarie Anjuran JAIPK

Seramai 38 pasangan pengantin menyempurnakan akad nikah masing-masing dalam majlis Nikah Jamaie Syarie anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK) di Masjid Sultan Idris Shah II, di Ipoh pada Selasa.

Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata program ini menerima penyertaan lebih ramai berbanding tahun lepas iaitu sepuluh pasangan.

“Tahun ini kita menerima 38 pasangan termasuk lima pasangan Orang Asli selain saudara baharu walaupun sasaran kita 50 pasangan,” katanya.

Beliau berkata tujuan utama pernikahan Jamaie Syarie itu adalah untuk menjadikan masjid sebagai lokasi pernikahan dan pusat kegiatan masyarakat setempat selain membantu golongan kurang berkemampuan mendirikan rumah tangga.

“Ada antara mereka yang kurang berkemampuan, dengan adanya program ini kita dapat menggalakkan serta mendedahkan kepada umat Islam bagaimana majlis pernikahan yang selaras dengan hukum syariat,” katanya.

Mohd Yusop berkata pasangan hanya dikehendaki memberi sumbangan RM500 sebagai kos majlis keraian selain bayaran Kadi serta jamuan.

“Tidak berlaku pembaziran, majlis seperti ini dapat menjimatkan perbelanjaan pasangan. Perkahwinan yang lazim diadakan pada masa kini dilihat bertentangan dengan hukum syariat,” katanya.

Majlis tersebut akan dijadikan program tahunan dan berharap ia dapat dijalankan di seluruh negeri dengan penyertaan lebih ramai terutama daripada saudara baharu Islam dan mereka yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, ketika menyampaikan khutbah pernikahan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keluarga JAIPK Zakaria Abdul Razak berkata statistik penceraian pasangan Muslim di Perak menunjukkan penurunan.

“Bagi tahun 2014, setakat ini sebanyak 7,050 pernikahan manakala kes penceraian pula sebanyak 1,540 berbanding pada tahun 2012, pernikahan sebanyak 12,230 dan 2,451 (penceraian) manakala bagi tahun lepas sebanyak 13,246 (pernikahan) serta 2,013 (penceraian),” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai Majlis Nikah Jamaie Syarie boleh mendaftar di JAIPK dan pejabat agama daerah.

Majlis Nikah Jamaie Syarie pada Selasa dijalankan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga JAIPK serta Badan Kebajikan dan Sukan Agama Islam Perak.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).