09:00 AM – Berada Di Pejabat SUK Ipoh.
04:00 PM – Menyampaikan Sumbangan Instrumen Nasyid Orang Asli Di Kawasan Simpang Pulai
Artikel / Keratan Akhbar / Portal
UMNO Online
16 December 2013
Ahli UMNO Perlu ‘Bekerja Dan Bercakap’ Demi Laksana Tiga Mesej Utama Presiden Parti
PARIT, 16 Dis – Semua ahli UMNO perlu ‘bekerja dan bercakap’ agar tiga mesej utama yang ditekankan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan dengan baik sehingga ke peringkat akar umbi tidak kira kepada ahli UMNO, mereka yang di atas pagar mahupun pembangkang sendiri, ujar Exco Kerajaan Negeri Perak, Nizar Zakaria.
Beliau yang juga ADUN Belanja menjelaskan, Perhimpunan Agung UMNO adalah satu perhimpunan yang dapat mempertemukan semua ahli dan pemimpin dan di sinilah mesej mengenai tugas dan peranan parti dalam menjayakan agenda kerajaan dapat disampaikan.
“Sebab itulah ahli UMNO perlu bekerja dan bercakap bagi pihak parti sekaligus kerajaan iaitu dengan menyampaikan mesej Presiden parti yang telah menggariskan tiga mesej utama iaitu untuk meningkatkan syiar dan syariat Islam, memastikan perjuangan agenda ekonomi Bumiputera terus berjalan dan mahukan agenda transformasi dalam UMNO terus terlaksana.
Sekiranya ahli UMNO tidak berganding bahu bersama-sama memberikan sokongan penuh maka perkara ini sudah pasti sukar untuk dilaksanakan tambahan lagi pembangkang sentiasa cuba mengganggu gugat setiap apa yang kita cuba lakukan