11:00 AM – Perjumpaan Bersama Urusetia Program Karnival Baraqah di Pejabat SUK.
11.30 AM – Perjumpaan Bersama Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak di Pejabat SUK.
12.15 AM – Perjumpaan Bersama Ketua Pendakwa Syarie di Pejabat SUK.
02:30 PM – Menghadiri Kunjungan YABhg Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad Ke Masjid Muhammadiah (Muhammadiah Chinese Mosque) Taman Tasek Jaya Ipoh, Perak.
05:30 PM – Merasmikan Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Perak Tengah di Padang UiTM Seri Iskandar.
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak News
16 April 2014
Tun Dr Mahathir Minta Perbetul Persepsi Tentang Islam
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam supaya memperbetulkan persepsi sebenar tentang agama itu sekiranya mereka mahu orang lain mendekati Islam.
Beliau juga meminta pendekatan itu dipermudahkan dan dilakukan secara lembut, tidak membebankan dan dapat mengikat hubungan baik antara kaum di negara ini.
Menurut Dr Mahathir, apa yang menyedihkan hari ini sesetengah pihak memberikan gambaran negatif terhadap Islam sehingga orang lain sukar untuk mendekati dan memeluk Islam.
”Kita mesti hidup sebagai umat Islam, bertimbang rasa, jangan suka bermusuh dengan bukan Islam dan tunjuk kebaikkan agama kita kepada bukan Islam agar mereka terus mendekati Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Kunjungan Hormat ke Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) Taman Tasek Jaya, Ipoh pada Rabu.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pembangunan Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Saarani Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikian, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.