IMG-20170309-WA0039

SERI ISKANDAR : 15 peratus dari projek perumahan Amanjaya akan difokuskan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, dan golongan belia yang ingin membeli rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) akan memberi keutamaan dimana setiap golongan diperuntukkan sebanyak lima peratus.

“Kita melakukan pelbagai pendekatan untuk membantu dan membela rakyat kita bagi memastikan rakyar di negeri Perak memiliki rumah,”katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Perumahan Amanjaya, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 122 buah unit rumah Amanjaya II bernilai RM70,000 di bina dimana fasa pertama, sebanyak 50 buah akan didirikan.

Mengulas mengenai projek tersebut, Zambry berkata, projek tersebut merupakan projek pertama di bawah LPHP.

“Dari segi nilai pasaran hartanah itu sendiri cukup tinggi kerana ianya berdekatan dengan jalan utama dan ada yang bertanya, kenapa pilih lokasi ini untuk membina rumah yang murah, baik bina rumah yang mahal supaya LPHP boleh menjana keuntungan.

“Ingin saya katakan, matlamat kita bukanlah untung semata-mata. Keinginan rakyat untuk memiliki rumah, akan kita lakukan secara berterusan bagi memastikan ianya tercapai,”katanya.

Ashley griffin, the co-author of the report and the interim director of k-12 research at the education more about the critic trust, said the challenges described in the report likely contribute to those low retention rates