09:30 AM  Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Kepada Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Islam Dan Pegawai Perkhidmatan Siswazah 2014 di Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 3, Jabatan Agama Islam Perak.

IMG-20141013-WA0015 IMG-20141013-WA0016 IMG-20141013-WA0017 IMG-20141013-WA0019 IMG-20141013-WA0020 IMG-20141013-WA0021 IMG-20141013-WA0022 IMG-20141013-WA0023 IMG-20141013-WA0024 IMG-20141013-WA0025 IMG-20141013-WA0026 IMG-20141013-WA0027 IMG-20141013-WA0028 IMG-20141013-WA0029 IMG-20141013-WA0032 IMG-20141013-WA0031 IMG-20141013-WA0035 IMG-20141013-WA0036 IMG-20141013-WA0037 IMG-20141013-WA0038

02:30 PM – Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perak Bil 3/2014 di Bilik Gerakan Negeri SUK, Perak.

 

Artikel/Portal/Keratan Akhbar

Perak News

 

Kerajaan Serius Bangunkan Modal Insan Berilmu, Beramal

Published: Ahad, 12 Oktober 2014 20:23

Kerajaan serius dalam usaha membangunkan generasi muda hari ini menjadi modal insan yang berilmu dan beramal kerana mereka adalah aset yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, pelbagai usaha dan langkah diambil oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut.

Menurut beliau, antara usaha itu termasuklah memberi pendidikan agama kepada generasi muda melalui Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) selain turut membantu membanyakkan sekolah-sekolah pondok dan tahfiz.

Di samping itu, kata beliau, Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPN) 2013 – 2025 turut merangkumi usaha pembentukan sahsiah untuk melahirkan generasi masa depan yang unggul.

“Anak-anak kita hari ini adalah aset masa depan yang perlu dibentuk supaya mereka mampu menghadapi cabaran yang lebih di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, merasmikan penutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke – 7 di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Marina Island, Lumut pada Ahad.

Lebih 3,000 pelajar, guru-guru, ibu bapa serta pegawai pendidikan hadir pada majlis itu. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Abdullah Md Din dan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Idris Ramli.

Majlis itu yang diadakan sejak Jumaat menghimpunkan para pelajar daripada seluruh negara yang turut mewakili negeri masing-masing dalam pertandingan Kalam Jamaie atau ‘coral speaking’ dalam Bahasa Arab.

Drs Nizar berkata, usaha pembentukan sahsiah perlu dimulakan lebih awal, di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah bagi menghindarkan mereka terjebak ke dalam pelbagai gejala sosial masa kini.

Beliau berharap ibu bapa dan masyarakat juga turut bersama-sama memainkan peranan masing-masing kerana di dalam proses pembelajaran, generasi muda memerlukan perhatian berterusan supaya mereka tidak tersasar.

Beliau turut berharap agar para pelajar yang mengikuti program khatam Al-Quran akan menghayati, memahami dan mengamalkan pengajaran dari kitab suci itu di samping terus membacanya setiap hari.

Sementara itu, kontinjen Selangor muncul sebagai johan pertandingan Kalam Jamaie dengan memperolehi 83.5 peratus markah, manakala Perak muncul naib johan dengan 75.5 peratus markah dan Pulau Pinang ketiga dengan 75 peratus.

Johan menerima Piala Pusingan, hadiah iringan dan sijil manakala naib johan dan ketiga menerima hadiah iringan beserta sijil.

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).