08:00 AM – Melepaskan Konvoi Sukarelawan Pasca BAnjir Dari SWC dan Majlis Daerah Perak Tengah di Medan Selera SWC,Seri Iskandar
09:30 AM – Mempengerusikan Mesyuarat Bersama Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak di SUK, Ipoh.
11:30 AM – Menghadiri Majlis Kunjungan Hormat Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Pejabat Menteri Besar Perak.
03:00 PM – Majlis Penyerahan Pakaian Seragam Sekolah Kepada Semua Guru Besar Untuk Murid-murid Mangsa Banjir Sumbangan Daripada Yayasan Sultan Azlan Shah di Pejabat Pendidikan Daerah Seri Iskandar.
06:15 PM – Menyambut Ketibaan Timb. Menteri MITI, Dato’ Ir Hamim Samuri Yang Singgah Melawat Mangsa Banjir dan Memberi Sumbangan Kepada SMK Muzaffar Shah, Lambor Kanan
08:30 PM – Melawat dan Meninjau Bangungan Sekolah Menengah (Agama) Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah.
Artikel/Portal/Keratan Akhbar
Perak Today
Banjir : Jumlah Mangsa Berkurangan Kepada 2,150 Orang
IPOH: Bencana banjir yang melanda empat daerah utama di Perak menunjukkan perubahan dan perkembangan yang berbeza mengikut lokasi kawasan yang terjejas.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir , maklumat terkini menunjukkan seramai 2,150 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di daerah yang terbabit.
Katanya lagi, bagi Daerah Hulu Perak, mangsa yang direkodkan adalah seramai 34 orang; Perak Tengah (1,749 orang); Manjung (112 orang) dan Hilir Perak (255 orang).
“Ia mewakili 583 keluarga dan kesemua mereka ini ditempatkan di 11 buah pusat perpindahan yang dibuka,” katanya.
Katanya lagi, lapan pusat pemindahan dibuka di Perak dan masing-masing satu di Hulu Perak , Manjung dan Hilir Perak.
“Secara keseluruhannya, jumlah mangsa yang terlibat terus menurun tetapi di kawasan Hilir Perak, masih terdapat kawasan yang ditelengami air,” katanya.
Tambahnya lagi, tumpuan khusus kini diberikan bagi membantu kawasan Perak Tengah.
Ujar Zambry lagi, perhatian khusus terhadap pasca banjir giat dijalankan seperti di Hulu Perak, Kuala Kangsar serta termasuklah di kawasan Perak Tengah seperti Pasir Salak dan Parit.
“Bagi kawasan Kuala Kangsar pula, kerja pembersihan telah dijalankan manakala di kawasan Hulu Perak seperti Lenggong dan kawasan Orang Asli, kita memerlukan bantuan kerajaan Pusat bagi memastikan infrastruktur di jawasan berkenaan dapat dibaikpulih dengan segera,” katanya.
Terdahulu, Dr Zambry menerima sumbangan bantuan banjir sebanyak RM300,000 melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu mangsa banjir di Perak yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini, hari ini.
Sementara itu, Jamil Khir menyifatka kejadian banjir kali ini cukup luar biasa dan bantuan daripada semua pihak diperlukan untuk membantu mangsa yang terjejas dengan bencana tersebut.
“MAIWP telah bergerak ke semua negeri yang terjejas dan memberi sumbangan yang berbeza mengikut keperluan,” katanya.
Katanya lagi, pasca banjir merupakan satu tanggungjawab besar termasuklah membaik pulih infrastruktur dan kemudahan awam yang perlu dilaksanakan dengan kadar segera.