10:00 AM Menghadiri Dialog YB Senator Dato’ Sri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan Negeri Mengenai Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11) di Bilik Gerakan Negeri SUK Ipoh.

 

12:30 PM – Majlis Aidil Fitri Bersama Warga SKM di Dewan Kenanga Bangunan Persekutuan, Ipoh.

20140812_123033 DSCN1568 20140812_123041 DSCN1566 DSCN1573 20140812_124858 20140812_125458 20140812_125502   DSCN1579 DSCN1583 DSCN1586 DSCN1587 DSCN1588 DSCN1590

04:00 PM – Menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Kompleks JBS ,Ipoh

3 4 5 6 IMG-20140812-WA0070 IMG-20140812-WA0072 IMG-20140812-WA0073 IMG-20140812-WA0075 IMG-20140812-WA0076IMG-20140812-WA0077 IMG-20140812-WA0078 IMG-20140812-WA0079 IMG-20140812-WA0080 IMG-20140812-WA0081 IMG-20140812-WA0082 7 IMG-20140812-WA0083 8 IMG-20140812-WA0069 IMG-20140812-WA0084 IMG-20140812-WA0085 IMG-20140812-WA0086 IMG-20140812-WA0074

08:15 PMMenghadiri Majlis Malam Gala Aidil Fitri 2014 Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Isntitut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar di Dewan Dato’ Maharaja Lela Seri Iskandar.

IMG-20140813-WA0003 IMG-20140813-WA0004 IMG-20140813-WA0005 IMG-20140813-WA0006 IMG-20140813-WA0008 IMG-20140813-WA0011 IMG-20140813-WA0012 IMG-20140813-WA0015 IMG-20140813-WA0016 IMG-20140813-WA0021 IMG-20140813-WA0022 IMG-20140813-WA0023 IMG-20140813-WA0024 IMG-20140813-WA0025 IMG-20140813-WA0026 IMG-20140813-WA0027 IMG-20140813-WA0028 IMG-20140813-WA0029 IMG-20140813-WA0030 IMG-20140813-WA0031 IMG-20140813-WA0032 IMG-20140813-WA0033 IMG-20140813-WA0034 IMG-20140813-WA0035 IMG-20140813-WA0036 IMG-20140813-WA0037

 

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Perak Today  : 12 Ogos  2014

Datuk Nizar

Dijangka lebih 60,000 pengunjung termasuklah ahli koperasi dari seluruh Perak dijangka menghadiri Hari Koperasi Negara (HKN) 2014 yang dijadual berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos depan.

Bertemakan ‘Memperkukuhkan Koperasi, Memperkasakan Ekonomi’ program tersebut akan diadakan di Stadium Mini Kuala Pilah dekat Negeri Sembilan dan bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Pengerusi Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria, sambutan kali ini adalah untuk menghargai jasa dan peranan koperasi terhadap pembangunan ekonomi negara.

“Ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada penubuhan koperasi yang ada di negara ini.

“Selain memberi manfaat kepada ahli, penubuhan koperasi juga menyumbang kepada kejayaan merangsang ekonomi khususnya dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Persekutuan dekat Ipoh, hari ini.

Katanya, sambutan kali ini akan mengumpulkan bukan sahaja koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia malahan dari negara luar yang turut mengamalkan sistem sama.

“Program ini cukup istimewa ia bukan sahaja menghimpunkan ahli koperasi di negara ini tetapi juga akan dihadiri oleh peserta yang mengamalkan sistem sama membabitkan negara luar seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

“Melalui program itu juga, peserta dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama ASEAN dalam lingkungan koperasi serta bidang keperluan semasa,” katanya lagi.

Beliau juga berharap ahli dari Perak akan menyertai program tersebut bagi mengkaji, meneliti dan mencari ilmu dalam bidang yang berkaitan.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Taklimat Amalan Pengurusan Ladang Kelapa Sawit Terbaik di Dewan Kenanga, Bangunan Persekutuan.

Turut hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak, Zainun Hamzan Stapa.

 

Perak News  : 12 Ogos  2014

Sertai Sambutan Hari Koperasi

DSCN1586Kerajaan negeri Perak menyarankan ahli koperasi di negeri ini menyertai Sambutan Hari Koperasi Negara pada 22 Ogos ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi memperbaiki kekurangan dan berkongsi pendapat sesama ahli seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, berkata, sambutan itu merupakan satu gerbang ilmu di mana pelbagai produk dari seluruh negara akan dipromosikan.

Katanya, ahli koperasi boleh mengkaji, meneliti dan juga membuat perbandingan di antara produk mereka dan produk yang akan dipromosikan di situ kelak bagi tujuan penambahbaikkan.

Jelas beliau, selain produk tempatan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga telah menerima pengesahan penyertaan daripada pertubuhan koperasi luar negara termasuk Brunei, India, Thailand, Vietnam dan Singapura.

“Ini adalah peluang yang baik untuk ahli-ahli koperasi di mana mereka boleh berkongsi idea bersama-sama ahli dari seluruh Malaysia bagi tujuan menambah nilai produk sedia ada milik mereka.

“Ianya satu gerbang ilmu yang cukup baik, justeru saya meminta untuk ahli-ahli koperasi di negeri ini untuk datang dan mencari ilmu sebanyak mungkin,” katanya pada sidang media di Majlis Jamuan Hari Raya dan Taklimat Pengurusan Ladang Kelapa Sawit anjuran SKM di Bangunan Persekutuan pada petang Selasa.

Drs Nizar memberitahu, pencapaian koperasi di negeri ini adalah di tahap memberangsangkan di mana terdapat beberapa koperasi telah berjaya mendapat tempat di dalam indeks 100 koperasi terbaik negara.

Katanya, Perak juga mempunyai 1,146 buah koperasi yang beroperasi secara aktif dalam menjalankan pelbagai bentuk perniagaan bagi menjana ekonomi negeri dan juga negara.

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).