10:00 AM – Perjumpaan dan Ramah Mesra Bersama Pengarah Bahagian Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Pejabat SUK Ipoh.
11:30 AM – Lawatan Ke Kilang Inflow Trading Bersama PEHRDA di Kawasan IKS MARA Tambun.
02:30 PM – Merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2013 di Dewan SJK(T) Ladang Buluh Akar.
06:00 PM – Merasmikan Program Latihan 1 Malaysia Giatmara Kursus Latihan Solekan & Terapi Kecantikan di Dewan Orang Ramai Kg Selat,Layang – Layang Kiri
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Saturday, 09 November 2013 17:36
Kerajaan Turut Fokus Pendidikan Islam
Pengerusi Jawatankuasa, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata Kerajaan negeri akan turut memberi fokus kepada pendidikan Islam dalam membentuk modal insan yang cemerlang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, pembentukan modal insan dalam pendidikan agama perlu bermula dari akar umbi seperti di taska, tabika dan prasekolah.
Menurutnya, kerajaan negeri dijangka memberi keutamaan dan bantuan tertentu dari segi pembangunan, pembelajaran dan kokurikulum dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan Menteri Besar pada 25 November ini.
“Kerajaan memandang serius usaha membina insan yang cemerlang kepada negara, serta berharap akan ada idea-idea untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan Islam di sekolah agama rakyat, mahaad tahfiz, sekolah pondok dan sebagainya”, katanya dalam program Majlis Penyampaian Sijil Dan Anugerah Penghargaan Pelajaran Kali Ke 21 dan perasmian surau Pusat Pelajar Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak di Pusat Pelajar Islam (PPI), Ipoh pada Sabtu.



















