09:30 AM – Menghadiri Mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan Parit di Pejabat PPK Parit.
12:00 PM – Majlis Penyerahan Cek Dermasiswa Yayasan Perak Bagi DUN Belanja di Pejabat UMNO Bahagian Parit.
03:00 PM – Menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian dan Meraikan Bakal Haji di Dewan MDPT Seri Iskandar.
03:30 PM – Merasmikan Program Sambutan Aidilfitri Orang Asli 2015 di Surau Kampung Orang Asli Suak Padi Bota.
09:00 PM –Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Hari Raya Anjuran KRT Bota Kanan di Perkarangan SAR Bota Kanan.
10:00 PM – Ramah Mesra dan Bermain Badminton di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Ketepikan Perbezaan Politik, Bersatu Pelihara Kesejahteraan
Rakyat di negeri ini diseru mengetepikan fahaman politik dan bersatu demi memelihara kesejahteraan negeri dan negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sempena bulan kemerdekaan ini, rakyat perlu mendalami dan menghargai maksud kebebasan yang dirasai ketika ini.
Menurut beliau, sejarah pernah mengajar pahit getir rakyat terpaksa hidup beberapa ratus tahun di bawah pemerintahan penjajah.
“Kita hanya berjaya menggengam erti kemerdekaan sebenar pada 31 Ogos 1957 setelah sekian lama berjuang, jadi jangan sia-siakan perjuangan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 di Dataran Lumut, Manjung pada Ahad.
Turut hadir ialah barisan exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan serta agensi.
Menurut Dr Zambry, cabaran masa kini memerlukan rakyat mempunyai jati diri yang teguh dan bersatu tidak mengira kaum, agama dan juga bangsa.
“Ketepikan faham politik masing-masing kerana kita semua adalah satu di negara ini, tugas kita untuk mempertahankan kedaulatannya,” ujarnya.
Sehubungan itu, pada bulan kemerdekaan ini, beliau menyeru semua rakyat mempamerkan semangat cintakan negara, bukan sahaja di hati tapi tetapi juga melalui perbuatan.
“Kibarkan jalur gemilang itu dengan penuh bangga,” katanya bersemangat.
Pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 rakyat itu, Menteri Besar turut melancarkan serentak Tabung Hari Pahlawan dan mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberi sumbangan sebanyak RM75,000 kepada tabung tersebut.
Konvoi Jalur Gemilang yang terdiri daripada 120 buah kenderaan daripada pelbagai jenis agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut dilepaskan sebagai gimik pelancaran di samping perasmian Konvensyen Pendidikan Peringkat daerah Manjung 2015 anjuran Pejabat Tadbir Agama Manjung di IPD Manjung.