02:00 PM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
07:00 PM – Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hilir Perak Tahun 1436H/2015M di Arena Iman, Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah Parit 17A, Lampam Teluk Intan.
Keratan Akhbar / Portal / Utusan Online
09 MAC 2015
TKB Peroleh RM30 Juta Pelaburan Bumiputera
ROKIAH ABDULLAH | 09 Mac 2015 12:12 AM
Mohd. Nizar Zakaria (lima dari kiri) dan Anuar Abu Hassan (kanan) bersama wakil enam koperasi pada majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli Kedai Pejabat Jelapang Square di Ipoh, semalam.– UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin
IPOH 8 Mac – Pemaju hartanah terbesar di Perak, Team Keris Berhad (TKB) berjaya menjana pelaburan baharu sebanyak RM30 juta daripada bumiputera melalui pakej hartanah istimewa yang ditawar syarikat itu kepada masyarakat di negeri ini.
Naib Presiden Bahagian Komunikasi Korporat TKB, Anuar Abu Hassan berkata, RM20 juta pelaburan itu dijana melalui penganjurkan ekspo terbesar syarikat itu yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini pada 6 hinggga 8 Februari lalu manakala 10 juta lagi melalui pelaburan koperasi.
Kata beliau, sambutan yang amat menggalakkan dalam tempoh hanya empat bulan itu hasil tawaran inisiatif bumiputera yang diberikan TKB iaitu diskaun khas sehingga 21 peratus melebihi diskaun pasaran biasa sebanyak lima peratus.
“Sebanyak 20,000 pengunjung telah mengunjungi ekspo yang diadakan selama tiga hari itu dan daripadanya kami berjaya memperoleh pelaburan Bumiputera sebanyak RM20 juta.
“Kami juga telah memberi taklimat mengenai pakej istimewa ini kepada pihak-pihak terlibat seperti badan berkanun, agensi kerajaan, golongan profesional dan kira-kira 300 buah koperasi. Hasilnya sebanyak 12 koperasi berminat melabur dengan jumlah pelaburan sebanyak RM10 juta.
“Inisiatif ini merupakan antara usaha TKB untuk membantu merealisasikan hasrat kerajaan bagi meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan masyarakat bumiputera serta impian TKB sendiri yang mahu melihat pemilikan ini mencakupi semua genre pembeli,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli untuk kedai pejabat di Jelapang Square di sini dengan enam buah koperasi yang disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria di sini semalam.
Enam koperasi itu ialah Koperasi Keluarga Datuk Hj. Abu Bakar Kinta Berhad, Koperasi Keluarga Anjang Budiman Taiping Berhad, Koperasi Permodalan Pesara Pendidikan Negeri Perak Berhad, Koperasi Usahanita Perak Berhad, Koperasi Gayong Warisan Perak Berhad dan Koperasi Perkim Perak Berhad.
Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif TKB, Datuk Lee Seng Hee dan Pengarah Eksekutifnya, Michael Tan.
Anuar memberitahu, projek Jelapang Square tersebut sudah hampir 85 peratus siap dan dijangka kouta 30 peratus untuk bumiputera akan dapat dijual dalam masa terdekat.