12.30 PM –Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Meraikan Kejayaan Pelajar Saintis Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Taayah Ipoh Yang Telah Menyertai Pertandingan “Macau International Inovation & Invention Expo 2013”
02:00 PM – Mengadakan Lawatan Di Persekitaran Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Taayah Ipoh.
6.45 PM – Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Di Istana Iskandariah , Kuala Kangsar.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak Today
Thu, Jul 11th, 2013
Sekolah Aliran Agama Kilang Berpotensi Lahir Modal Insan Cemerlang
Sekolah aliran agama berpotensi menjadi kilang melahirkan modal insan yang cemerlang sekaligus menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara di masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata dengan adanya iltizam yang berpaksikan latar belakang agama, beliau yakin sekolah agama berupaya melahirkan pelajar yang cemerlang.
“Kita juga perlu mengubah mentaliti pelajar dan membuktikan kepada mereka boleh pergi jauh meskipun belajar di sekolah aliran agama,” katanya ketika sidang media selepas melawat dan beramah mesra dengan tenaga pengajar dan pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah, dekat Ipoh, hari ini.


























