Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta dua anakanda Sultan Nazrin iaitu Raja Kechil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan exco kerajaan negeri.

Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang diiringi  Platun Brassband Gabungan Batalion 21 dan 23 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selepas persembahan kesenian, baginda menyaksikan perarakan perbarisan melibatkan  5,213 peserta daripada 107 kontinjen mewakili jabatan kerajaan, pasukan beruniform, daerah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun.