09:00 AM – Merasmikan Majlis Pelancaran Sahabat Dakwah Jabatan Agama Islam Perak di Dewan Bankuet SUK, Ipoh.
11:30 AM – Merasmikan Majlis Gerbang Kerjaya IKBN Seri Iskandar Bil 2 Bagi Tahun 2013 di Dewan Dato’ Maharajalela IKBN Seri Iskandar.
02:30 PM – Merasmikan Majlis Penutupan Hari Kokurikulum Sesi 2013 di Dewan Utama Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.
06:00 PM – Majlis Ulangtahun Penubuhan Koperasi Pembangunan Usahawan Perak Tengah Berhad Yang Pertama di Dewan Seminar Koperasi Pembangunan Usahawan Perak Tengah Berhad.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak Today
Thu, Oct 10th, 2013
700 Sukarelawan Sertai Program Sahabat Dakwah JAIPk
Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) hari ini melancarkan program Sahabat Jaipk yang berperanan sebagai unit sokongan bagi memperkasakan agenda dakwah kepada segenap lapisan masyarakat di negeri itu.
Dengan matlamat merapatkan hubungan silaturrahim antara JAIPk dengan masyarakat tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata inisiatif yang diwujudkan kerajaan itu dilihat mampu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan melibatkan diri dengan kerja dakwah serta kemasyarakatan.
“Program Sahabat Dakwah ini antara lain bertujuan menjalin hubungan mesra dan bersepadu antara masyarakat dengan Jaipk yang tidak hanya tertumpu di kawasan surau atau masjid.
“Komuniti Sahabat Dakwah akan turun padang ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan masyarakat terutama golongan remaja untuk menyampaikan ilmu contohnya melalui pemberian risalah,” ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan program Sahabat Dakwah Jaipk di Ipoh.
Video
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak News
10 October 2013
Tanggungjawab berdakwah bukan hanya dipikul oleh ustaz dan ustazah, sebaliknya ia menjadi tanggungjawab semua umat Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, program Sahabat Dakwah yang dilancarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dapat membantu mengurangkan gejala sosial.
Beliau memberitahu, pendekatan Sahabat Dakwah mungkin lebih efektif kerana mereka akan menggunakan pendekatan kasih sayang, di samping dengan cara yang lebih santai.
“Cara Sahabat Dakwah adalah lebih santai, mereka bertanya khabar, mengajak masyarakat dekatkan diri kepada jalan Allah, bukan menangkap dan memaksa mereka,” katanya selepas merasmikan Seminar Indahnya Hidup Berdakwah Dan Pelancaran Sahabat Dakwah.
Video