08:30 AM – Menghadiri Perhimpunan Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan Bersama YAB Menteri Besar di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.
10:15 AM – Majlis Perasmian Surau Kampung Seri Makmur ,Kuala Kurau di Surau Kampung Seri Makmur ,Kuala Kurau.
01:30 PM – Lawatan dan Ziarah ke Pondok Tanah Kebun, Simpang Lima di Parit Buntar.
02:30 PM – Mesyuarat Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus (JITU) Negeri Perak Bil. 2/2014 di Bilik Gerakan SUK Ipoh.
08:30 PM – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Liga M Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan – Bil (01) Sesi 2014/2015 di Bilik Mesyuarat Aras 2, Persatuan Bola Sepak Perak, Fair Park.
Artikel/Portal/Keratan Akhbar
Perak Today
KERAJAAN PANDANG SERIUS ISU PENGUATKUASAAN DI SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
Kerajaan Perak memandang serius isu penguatkuasaan yang membabitkan sektor perkhidmatan awam di negeri itu.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir, isu tersebut perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh mewujudkan pelbagai masalah sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan betul.
“Saya membangkitkan isu penguatkuasaan ini kerana ianya merupakan salah satu daripada aspek yang perlu dilaksanakan dalam konteks kakitangan dan juga perkhidmatan awam.
“Sekiranya pelaksanaan atau penguatkuasaan perkara-perkara yang diputuskan oleh pihak kerajaan tidak dilaksanakan, ia akan membantutkan segala-galanya,” katanya.
Katanya lagi, ada pihak-pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan daripada masalah yang timbul itu.
“Jika ia tidak dilaksanakan dengan betul, ia juga akan membantutkan sistem penyampaian yang sedia ada serta memberikan ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk bertindak lebih jauh lagi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Pagi Bersama Warga Bangunan Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat Ipoh, pagi tadi.
Sementara itu, beliau berkata, perhimpunan itu bertujuan memberi peringatan kepada kakitangan awam berkaitan kepentingan menjaga hubungan sesama mereka.
“Mengikut rekod sejarah pentadbiran awam negeri Perak, ini merupakan satu-satunya perhimpunan yang telah diadakan di sini.
“Dengan adanya perhimpunan ini, kita dapat membina semangat berpasukan antara kakitangan awam serta membolehkan pihak kerajaan negeri menyampaikan arahan-arahan terkini berkaitan sesuatu perkara,” katanya.
Beliau berkata, penglibatan beberapa agensi kerajaan yang kini berada di bawah pimpinannya mampu mewujudkan persefahaman dalam mencapai arah tuju perkhidmatan awam yang berkualiti dan lebih terarah.
Beliau telah menggariskan beberapa perkara penting supaya menjadi panduan kepada kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka.
“Antara yang paling penting adalah bagaimana mewujudkan pasukan yang mantap di kalangan kakitangan awam semua bagi memastikan semua dasar-dasar yang telah diputuskan dan digariskan oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan secara bersama,” ujar Zambry lagi.