08:50 AM – Merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Saudara Muslim Tahun 2014 di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) Taman Tasek Jaya, Ipoh.
ARTIKEL/PORTAL/KERATAN AKHBAR
Perak News
Sunday, 09 February 2014 15:14
Ditambah pula dengan adanya tarian singa ketika sambutan itu, sudah tentu ramai yang menganggapnya sesuatu yang sangat pelik.
Bagaimanapun, Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Ipoh (MACMA) mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) di Taman Tasek Jaya, Ipoh hari ini.
Perasmian majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Drs Mohd. Nizar Zakaria.
Timbalan Pengerusi MACMA, Ustaz Mohd Hafiz Ng Abdullah berkata, kewujudan Masjid Muhammadiah yang berteraskan senibina Cina membuktikan bahawa mereka yang berketurunan Cina masih boleh mengamalkan peradaban kaum mereka, asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.