07:30 AM – Majlis Penyampaian Sumbangan Alat Bantuan Belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.
10:00 AM – Mempengerusikan Mesyuarat Portfolio Pendidikan Islam di Bilik Mesyuarat Utama SUK, Ipoh.
02:00 PM – Menghadiri Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia Kali Ke-7 & Perasmian Blok Akademik Institut Latihan Kemas Seri Iskandar di Dewan Institut Latihan Kemas Seri Iskandar
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak News : 8 September 2014
JAIP Anjur Festival Tanglung Sebagai Simbolik Galakkan Perpaduan
Jabatan Agama Islam buat julung kalinya tampil dengan sesuatu kelainan dalam usaha memupuk perpaduan kaum sesama saudara Islam apabila ia tampil menganjurkan Festival Tanglung, satu acara kebudayaan yang sinonim dengan kaum Cina.Dianjurkan bersama Persatuan Cina Muslim Perak, (MCMA) dan Soko Gakkai Malaysia penganjuran itu adalah bagi memupuk silaturrahim bersama kaum Cina Islam.Penganjuran bersama acara itu juga adalah sebagai simbolik bahawa masyarakat Cina yang memilih untuk memeluk agama Islam masih boleh meneruskan kebudayaan hidup kaum asalkan ia tidak bertentangan dengan akidah.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria hadir merasmikan pesta tersebut yang dihadiri lebih 1,000.Beliau berkata, acara itu merupakan satu gabungan unik dan amat digalak oleh kerajaan negeri kerana ianya mampu membentuk perpaduan kaum yang sejati di negeri ini.Katanya, program seperti itu juga dapat menepis tanggapan negatif terhadap agama Islam.Jelas beliau lagi, kunci kejayaan sesuatu negara adalah berasaskan perpaduan kaum yang cukup kuat di kalangan rakyat dan program serta gabungan tersebut adalah salah satu usaha yang boleh dibuat untuk mencapainya.“Saya yakin ini merupakan satu langkah cukup baik yang akan menjadi jabatan murni kepada ketiga-tiga kaum ini dalam memberi gambaran negeri ini mempunyai semangat perpaduan yang jati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival tersebut.
Selain ratusan rekaan unik Tanglung, para hadirin juga dihiburkan oleh pelbagai persembahan menarik seperti paluan gendang cina dan juga artis undangan.
Nizar juga diiring lebih 100 hadirin terdiri daripada Melayu, Cina dan India mengelilingi bangunan tersebut sambil membawa tanglung sebagai gimik pelancaran.
Pengerusi MCMA, Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah berkata, festival itu dianjurkan secara bersama bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara kaum Melayu, Cina dan India.
Jelasnya, selain merapatkan silaturahim, festival tersebut juga boleh memberi gambaran kepada orang ramai bahawa agama Islam adalah agama yang mencintai keamanan dan mementingkan kasih sayang diantara satu sama lain.
“Kita berharap kelak kita akan dapat mengadakan banyak lagi program bersama seperti ini, kerana melalui sambutan yang kita perolehi hari ini amat lah mengalakkan,” katanya.









































