11:00 AM – Lawatan Ke Belton Axle Components Sdn. Bhd. Bersama Ketua Pegawai Eksekutif PEHRDA di Sungai Siput.
02:00 PM – Lawatan Kerja ke Pondok Al Mizan Jeliang di Manong.
04:30 PM – Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Simpang Tiga Parit.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak News
08 Oktober 2013
Usahawan Bumiputera Perlu Amalkan Semangat Kebersamaan
Usahawan Bumiputera perlu mengamalkan semangat kebersamaan untuk membantu melonjakkan lagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, walaupun mereka mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu tetapi di dalam bidang perniagaan, bersama perlu bersama merangsang melonjakkan KDNK negara.
“Semangat kebersamaan bukan saja dapat menguntungkan dari segi keusahawanan tetapi apa yang paling penting, ia dapat melonjakkan KDNK negara kita disamping boleh memajukan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kilang Belton Axle Components Sdn. Bhd. (BAC) di Sungai Siput hari ini.
BAC ialah sebuah kilang milik penuh Bumiputera yang mengeluarkan komponen brek untuk kenderaan berat.
Drs Nizar berkata, KDNK boleh dinilai melalui tiga pendekatan iaitu produk, pendapatan dan perbelanjaan.
Video
Perak News
08 Oktober 2013
Lawatan Kerja YB Nizar Bin Zakaria Ke Belton, Sungai Siput Perak