08:30 AM – Menghadiri Istiadat Menziarahi Makam Tok Temong Sempena Hari Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV di Chegar Galah Kuala Kangsar.
12:00 PM – Ramah Mesra di Pengkalan Tambang Seberang Manong serta Bergambar Bersama Ketua Kampung Bekor dan Ketua Kampung Seberang Manong.
12:30 PM – Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Solat Jumaat di Masjid Kampung Chopin Kanan.
07:15 PM – Mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan ke Majlis Marhaban Dan Berzanji Sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXXV di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
08 Mei 2015
Sultan Nazrin Shah, Raja Permaisuri Zara Salim Jalani Istiadat Tabal Pusaka dan Siram Tabal
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim hari ini menjalani Istiadat Siram Tabal di Panca Persada perkarangan dekat Istana Iskandariah, di sini.
Istiadat yang telah disempurnakan pada sebelah malam dijalakan secara tertutup turut disaksikan oleh kerabat-kerabat diraja rapat dan juga orang besar-besar sekitar jam 10.30 malam tadi.
Istiadat turut dimulakan dengan paluan nobat.
Sebelum Istiadat Bersiram Tabal dimulakan, terlebih dahulu Istiadat Tabal Pusaka berlangsung di Balairung Seri istana.
Sejurus selepas itu diikuti pula Istiadat Bersiram Tabal yang disempurnakan di atas Panca Persada tersebut.
Air siram tabal berkenaan merupakan air daripada tujuh kuala Sungai Perak yang telah diambil ketika Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal pagi tadi.
Selesai istiadat tersebut, baginda Sultan dan Raja Permaisuri berangkat kembali ke istana diringi dengan paluan nobat.
Sejurus itu juga turut berlangsung Istiadat Santapan Nasi Berastakona.
Baginda dan Raja Permaisuri juga dijangka akan melawat makam-makam almarhum sultan terdahulu pada sebelah pagi esok.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
08 Mei 2015
Istiadat Bersiram Tabal Disempurnakan penuh Adat
Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke XXXV, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diteruskan malam Khamis dengan istiadat Bersiram Tabal di Panca Persada, di pekarangan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Istiadat yang bermula kira-kira pukul 10.30 malam berlangsung dalam suasana penuh adat istiadat Kesultanan Melayu Perak.
Istiadat disempurnakan di atas Panca Persada apabila Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat tiba.
Turut berangkat mengiringi baginda berdua, Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja DiHilir, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris dan Raja Puan Muda Perak.
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim yang berselimut dengan kain benang emas kemudian menaiki Panca Persada diiringi Toh Seri Nara DiRaja.
Sebaik sahaja baginda berdua selamat bersemayam di atas kemuncak Panca Persada, Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan menyiram air dari tujuh kuala Sungai Perak oleh empat kerabat Diraja perempuan.
Tabal adalah air yang diambil daripada tujuh kuala Sungai Perak yang telah dibekaskan pada istiadat mengambil air Bersiram Tabal.
Baginda berdua kemudian berangkat turun dari Panca Persada berselimut dengan kain benang emas serta dipandu berangkat balik ke istana sambil diiringi dengan paluan nobat.
Sultan Nazin dan Tuanku Zara Salim kemudian berangkat masuk ke dalam Balairung Seri disusuli dengan istiadat Santapan Nasi Berastakona.
Terdahulu Sultan Nazrin berangkat ke Istiadat Tabal Pusaka iaitu penyerahan 16 alat kebesaran di dalam Balairong Seri Istana Iskandariah.
Turut hadir pada istiadat itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan anggota Exco kerajaan negeri.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
08 Mei 2015
Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35: Sultan Perak Dan Permaisuri Menziarah Makam Tok Temong Di Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR – Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 diteruskan lagi dengan upacara Istiadat Menziarahi Makam-Makam Almarhum Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat menziarahi Makam Tok Temong di Kati, Kuala Kangsar sebagi lokasi pertama diziarahi 9 pagi ini.
Sejurus selepas itu majlis disusuli dengan majlis doa selamat dan kenduri arwah.
Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri kemudian menyiramkan air mawar serta menaburkan bunga ke atas makam berkenaan.
Tok Temong, atau nama asalnya Tok Perabu, adalah seorang pembesar wanita yang berkuasa memerintah Temong di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah I (1528-1549) dan dipercayai berkuasa sebelum pemerintahan sultan berkenaan.
Baginda juga dijangka bakal berangkat bagi menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh sebentar lagi.
Pada sebelah petangnya ziarah diteruskan ke makam Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) di daerah Kampar.
Dijangka sebanyak 35 makam akan diziarahi baginda sempena istidat Pertabalan Sultan Perak ke-35.