08:30 AM – Menyampaikan Cek Kepada Peserta Ladang Rakyat PPN Negeri Perak di Pejabat PPK Parit.

IMG-20140708-WA0007 IMG-20140708-WA0008 IMG-20140708-WA0012 IMG-20140708-WA0014 IMG-20140708-WA0016 IMG-20140708-WA0026 IMG-20140708-WA0028 IMG-20140708-WA0030 IMG-20140708-WA0031 IMG-20140708-WA0034 IMG-20140708-WA0036 IMG-20140708-WA0040 IMG-20140708-WA0039 IMG-20140708-WA0038 IMG-20140708-WA0041 IMG-20140708-WA0045 IMG-20140708-WA0044 IMG-20140708-WA0043 IMG-20140708-WA0042 IMG-20140708-WA0046 IMG-20140708-WA0050 IMG-20140708-WA0049 IMG-20140708-WA0048 IMG-20140708-WA0047 IMG-20140708-WA0051 IMG-20140708-WA0052 IMG-20140708-WA0053 IMG-20140708-WA0054 IMG-20140708-WA0055

10:00 AMMenghadiri Daurah Ilmiah Fadhilah As-Syeikh Mohd Muaffaq Al-Murabi’ Syeikh Al-Faraid Syria di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh.

 

05:30 PM – Merasmikan Kempen Kesedaran Dan Keselamatan Di Stesen Minyak di Stesen Minyak Petronas Meru Raya, Ipoh.

IMGL9720 IMGL9958 IMGL9945 IMGL9915 IMGL9914 IMGL9908 IMGL9894 IMGL9885 IMGL9862 IMGL9844 IMGL9807 IMGL9806 IMGL9800 IMGL9792 IMGL9791 IMGL9782 IMGL9778 IMGL9775 IMGL9773 IMGL9749 IMGL9735 IMGL9731 IMGL9728 

07:00 PM – Majlis Ramah Mesra Dan Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat di Clearwater Sanctuary Golf Resort Batu Gajah.

 

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Perak Today : 8 Julai 2014

 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria menegaskan aspek keselamatan perlu sentiasa diutamakan oleh semua pengguna ketika berada di stesen minyak.

Justeru, kempen kesedaran mengenai keselamatan ketika berada di stesen minyak dilancarkan agar pengguna mematuhi etika dan prosedur yang ditetapkan ketika mengunjungi premis tersebut, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan kempen kesedaran keselamatan di stesen minyak menerusi kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri (KPDNKK) Perak dan Petronas Dagangan Berhad Ipoh.

“Pengguna perlu mengamalkan etika keselamatan di stesen minyak supaya dapat mengelakkan kes-kes yang tidak diingini,” katanya.

Ujarnya lagi, kecuaian meninggalkan kenderaan semasa mengisi minyak antara gejala yang mendorong kepada penjenayah mengambil kesempatan untuk mencuri.

Katanya lagi, jenayah lain seperti culik dan ragut juga sering berlaku di stesen minyak sejak kebelakangan ini.

“Saya menyeru kepada semua pengguna perlu lebih berhati-hati biarpun stesen minyak dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan,” ulasnya lanjut.PERAKTODAY20

Tambah beliau lagi, aspek keselamatan perlulah diutamakan terutama sekali apabila menjelangnya musim perayaan.

“Pengguna perlu lebih berhati-hati dan berwaspada serta sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh stesen minyak di seluruh Perak,” katanya lagi.

Jelasnya, aspek keselamatan amat perlu dititikberatkan berikutan lokasi stesen minyak merupakan lokasi yang terdedah kepada bahan api mudah terbakar.

“Etika dan peraturan perlu kita patuhi dan ia diwujudkan bukan untuk menyusahkan tetapi untuk membantu memudahkan kehidupan dan menjamin keselamatan pengguna,” ujarnya lagi.

Program kempen keselamatan di stesen minyak bakal mengadakan kunjungan keempat stesen minyak terpilih di seluruh Perak bagi meningkatkan kesedaran, kepekaan dan rasa tanggungjawab pengguna tentang pentingnya mematuhi aspek keselamatan di stesen minyak, katanya lagi.

 

Perak Today : 8 Julai 2014

“Setiap penyebaran maklumat itu perlu berlandaskan kepada kebenaran yang sahih terlebih dahulu,”.

Begitu ulasan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berikutan penyebaran berita di laman sosial Facebook mengenai pengusaha sebuah kolam ternakan ikan patin di Batu Gajah yang didakwa menggunakan bangkai babi sebagai sumber makanan ikan.

Katanya lagi, kebenaran perlu dipastikan terlebih dahulu supaya isu itu tidak dijadikan bahan provokasi semata-mata.

“Paling penting, pengusaha kolam atau mereka yang terlibat dalam aktiviti jual beli hasil ternakan perlulah lebih jujur dan telus,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak pengurusan kolam berkenaan perlu menjalankan penternakan dengan cara yang betul termasuklah daripada sudut pemberian makanan kepada ternakannya.

“Perkara ini cukup penting supaya ia tidak menimbulkan sebarang persepsi yang negatif,” katanya lanjut.

Jelasnya, bidang pertanian dan penternakan boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang baik untuk negeri Perak.

“Kita perlu menjaga dan memastikan kualiti penghasilan sumber tersebut adalah baik kerana banyak provokasi ditimbulkan dalam isu ini,” katanya.

Beliau turut memohon supaya kesemua pihak tidak menimbulkan sebarang isu provokasi berkenaannya dan menyebarkan maklumat tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.

“Pengusaha perlu bertanggungjawab terhadap produk yang dikeluarkan kerana jika wujud sebarang masalah,ia hanya akan merugikan pihak mereka,” katanya lanjut.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).