11:00 AM – Menyampaikan Bantuan Pasca Banjir Kepada Penduduk Yang Telah Ditimpa Bencana Banjir di Surau Kampung Sadang.

IMG-20150106-WA0059IMGL0573 IMGL0579 IMGL0585 IMGL0589 IMGL0591 IMGL0593 IMGL0595 IMGL0597 IMGL0601 IMGL0605 IMGL0607 IMGL0609 IMGL0613 IMGL0621 IMGL0624 IMGL0626 IMGL0627 IMGL0648 IMGL0651  IMGL0654 IMGL0658 IMGL0660 IMGL0666 IMGL0668 IMGL0670 IMGL0674 IMGL0676 IMG-20150106-WA0048 IMGL0637

05:00 PM – Menghadiri Majlis Lawatan YB Dato’ Seri Zahid Bin Hamidi ke Pusat Permindahan Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri. 

IMG-20150106-WA0078 IMG-20150106-WA0079 IMG-20150106-WA0076 IMG-20150106-WA0077 IMG-20150106-WA0072 IMG-20150106-WA0073 IMG-20150106-WA0074 IMG-20150106-WA0075 IMG-20150106-WA0075 IMG-20150106-WA0080 IMG-20150106-WA0081 IMG-20150106-WA0082 IMG-20150106-WA0084 IMG-20150106-WA0085 IMG-20150106-WA0086 IMG-20150106-WA0087

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

Portal : Perak Today

Banjir : Jangan Timbulkan Spekulasi Bantuan Kepada Mangsa – ADUN Belanja

PARIT : Semua pihak diiingatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan tanggapan negatif berhubung penyaluran bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja Datuk Mohd Nizar Zakaria nizar zakariaberkata, masyarakat perlu katanya perlu memahami situasi berkenaan dan kerjasama perlu diberikan bagi memudahkan saluran bantuan berkenaan.

“Apabila arahan dikeluarkan untuk berpindah ke pusat perpindahan adalah perlu untuk berpindah,”katanya.

Jelasnya lagi, semua pihak mencuba sedaya upaya untuk membantu sehabis baik dan pusat pengumpulan  ditubuhkan khusus bagi penyaluran bantuan dan keluar masuk barangan dicatatkan.

“Tuduhan mengenai barangan bantuan yang tidak disalurkan ternyata salah sama sekali kerana segala urusan pengagihan dicatatkan kesemua,” katanya.

Tambahnya lagi, mentaliti perlu ditukar kepada usaha langkah untuk membantu mangsa banjir pada masa kini.

“Pandangan diterima daripada ketua kampung jabatan-jabatan dengan bantuan daripada semua pihak termasuklah orang perseorangan,” katanya.

Keadaan banjir katanya kembali pulih dalam tempoh 12 hari melanda dan pasca banjir kini adalah membersihkan kediaman dan meninjau kerosakan yang dialami

“Adalah ketetapan daripada tuhan, perlu menerima takdir tersebut dan kini semua pihak sedang bertungkus lumus bagi meneruskan aktiviti pembersihan,” katanya.

Ujarnya lagi, setiap keluarga mendapat bekalan makanan bagi peringkat perpindahan pusat perpindahan di peringkat daerah dan sumber lain.

Sumbangan ini katanya juga tidak mampu memuaskan hati semua pihak namun sekurang-kurangan berupaya meringankan bebanan mangsa banjir.

Sementara itu, menurut Ketua Kampung Sadang, Sulaiman Mohd Yatim sumbangan kepada kesemua mangsa banjir adalah mencukupi.

“Setakat ini yang dikenal pasti hanya rumah kediaman  yang rosak namun tidak begitu serius dan kebanyakan mangsa telah pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Terdapat enam pusat pemindahan melibatkan seramai 318 orang mangsa termasuklah Kampung Changkat Banjar yang terputus hubungan turut disalurkan bantuan.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).