10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

 

11:05 AMPerjumpaan Dan Perbincangan Bersama Guru-guru SABK di Pejabat SUK, Ipoh.

IMG-20150406-WA0029 IMG-20150406-WA0030 IMG-20150406-WA0031 IMG-20150406-WA0032

01:25 PMMenggulung Perbahasan Titah Perasmian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan  Sempena Mesyuarat Pertama  Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IMG-20150406-WA0023 IMG-20150406-WA0024 IMG-20150406-WA0025 IMG-20150406-WA0026 IMG-20150406-WA0027 IMG-20150406-WA0028

09:45 PMMenghadiri Program Makan Malam Untuk Pelepasan Masjid Bestari ke Negeri Selangor, Melaka, Johor dan Singapura di Dewan Al-Ghazali Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak).

IMG-20150406-WA0047 IMG-20150406-WA0053 IMG-20150406-WA0052 IMG-20150406-WA0050 IMG-20150406-WA0048 IMG-20150406-WA0049 IMG-20150406-WA0051 IMG-20150406-WA0071 IMG-20150406-WA0072 IMG-20150406-WA0073 IMG-20150407-WA0000 IMG-20150407-WA0002 IMG-20150407-WA0001 IMG-20150406-WA0054 IMG-20150406-WA0055 IMG-20150406-WA0068 IMG-20150406-WA0059 IMG-20150406-WA0056 IMG-20150406-WA0067 IMG-20150406-WA0057 IMG-20150406-WA0058  IMG-20150406-WA0060 IMG-20150406-WA0061 IMG-20150406-WA0062 IMG-20150406-WA0070 IMG-20150406-WA0069 IMG-20150406-WA0063 IMG-20150406-WA0064 IMG-20150406-WA0066

 

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

06 April 2015

Program Pengupayaan PKS Bumiputera

Kerajaan negeri melalui SME Corporation (SME Corp) telah memperkenalkan program peningkatan pengupayaan PKS Bumiputera (BEEP) bertujuan melahirkan syarikat usahawan dinamik dan berdaya saing.

Program ini juga untuk meningkatkan keupayaan perniagaan di mana bantuan yang disalurkan merangkumi ubahsuai, mesin promosi, pensijilan, peningkatan kualiti serta pembungkusan terus kepada pemasaran barangan syarikat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, tempoh pemantauan ke atas syarikat yang berjaya adalah 24 bulan manakala pemilihan syarikat berdasarkan penilaian serta cadangan bersama agensi keusahawanan sedia ada.

“Program ini separuh modal dan separuh lagi berupa pinjaman, agensi keusahawanan yang terlibat dalam proses penilaian seperti MARA, PUNB, TEKUN dan Jabatan berkenaan lain,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk perbahasan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS – Changkat Jering) yang membangkitkan mengenai pusat khusus untuk pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dalam industri pelancongan dan Warisan Melayu.

Menurut Drs Nizar, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) serta lain-lain agensi berkaitan pelancongan akan melakukan kajian kesesuaian yang komprehensif bagi mengenalpasti kawasan, usahawan serta semua produk berpotensi supaya pusat cadangan itu dapat diketengahkan.

“Sejak tahun 2012, kerajaan negeri telah peruntukkan geran sebanyak RM5.44 dengan penglibatan 37 buah syarikat supaya syarikat bumiputera mampu berdaya saing.

“Produk IKS dan warisan yang dicadangkan akan dikaji sewajarnya untuk tarikan pelancong seterusnya dapat perkenalkan industri IKS ke peringkat global,” ujarnya.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).