03:00 PM – Penyerahan Keputusan Peperiksaan I’dadi Dan Thanawi 2013 di Sekolah Raja Perempuan  Ta’ayah, Ipoh.

IMG-20140303-WA0012 IMG-20140303-WA0011 IMG-20140303-WA0013 IMG-20140303-WA0014 IMG-20140303-WA0015 IMG-20140303-WA0016 IMG-20140303-WA0017 IMG-20140303-WA0018 IMG-20140303-WA0022

 

04:30 PM – Taklimat dan Perbincangan Perlaksanaan Festival Usahawan Muslim di Pejabat SUK

IMG-20140303-WA0028 IMG-20140303-WA0029 IMG-20140303-WA0030 IMG-20140303-WA0031

 

Keratan Akhbar / Portal

Perak News Monday, 03 March 2014

Keputusan peperiksaan I’dadi dan Thanawi di 48 buah sekolah menengah agama di Perak tahun 2013 mencatatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, bilangan pelajar yang mendapat pangkat mumtaz (cemerlang) dalam peperiksaan I’dadi tahun lalu meningkat kepada 19.6 peratus, berbanding 12.3 peratus tahun 2012.

Menurut beliau, bilangan pelajar yang mendapat mumtaz dalam peperiksaan Thanawi tahun lalu juga meningkat kepada 18.5 peratus berbanding 12.7 peratus tahun 2012.

“Secara kesuluruhan, keputusan ini meningkat daripada tahun-tahun lalu dan peningkatan ini adalah hasil kerjasama semua Jabatan Agama Islam Perak dan komuniti sekolah agam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahkan keputusan peperiksaan I’dadi dan Thanawi 2013 di Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh hari ini.

Hadir sama Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin.

Drs Nizar memberitahu, daripada keseluruhan 2,484 calon peperiksaan I’dadi 2013, 487 mendapat pangkat mumtaz, 872 pangkat jayyid jiddan, 780 pangkat jayyid, 227 pangkat maqbul dan 118 pangkat rasid.

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).